Quantcast
Channel: Blog Kak Aya
Viewing all 440 articles
Browse latest View live

Manisnya Cinta

$
0
0
Assalamualaikum,

Hampir melewati jam 12 tengah malam baru ada masa nak menaip entry..macam tu la kalau ada anak kecik dan hati masih nak berblog, kena berkorban menongkat mata dengan batang mancis ):

Tajuk bukan main tak agak-agak..isinya belum tentu..rasanya kelaut je ni.

Kak Aya sebenarnya tak ada pengalaman banyak tentang cinta. Tak pernah bercinta sampai la jumpa suami Kak Aya ni, itu pun tak lama pun kami kawan, lepas tu ambik keputusan bertunang, 3 bulan kemudian , kahwin.

Ok itu baru mukadimah .

******************************************************************************************************

Seingat Kak Aya, sejak kecik memang arwah ayah selalu pesan - "time belajar adalah untuk belajar, tak payah nak fikir-fikir tentang lelaki... kalau ayah tau ada mengarut-ngarut dengan lelaki, berhenti sekolah , lepas tu dah boleh kahwin kalau sesiapa datang melamar".

Itu memang satu amaran yang memang terpahat kemas dalam hati , pesanan berupa ugutan yang dilontarkan oleh arwah ayah tatkala Kak Aya dapat tawaran memasuki sekolah berasrama , pada tahun 1986.

Pesanan arwah tok pulak jangan tanya la, sepanjang-panjang list.

Dan sebagai anak dan cucu yang akur pada nasihat keluarga, memang tak ada seorang kawan lelaki pun yang Kak Aya ada hatta kawan-kawan biasa...setakat kawan ketika di dalam kelas je..memang kawan-kawan rapat Kak Aya semua perempuan, memang tak reti nak berkawan dengan lelaki..kalau orang lain sibuk ber "abang angkat" Kak Aya langsung tak ambik kisah ..

Bosan kan life Kak Aya? Tapi Kak Aya rasa biasa je.

Macam tu la sampai tamat SPM, tak ada kawan lelaki.

Memang jenis perempuan yang akan kahwin dengan lelaki pilihan keluarga la kak Aya ni.

******************************************************************************************************

Kak Aya memang pemalu orangnya, pemalu mungkin sebab kak Aya punya ruang lingkup kehidupan adalah kecil. 

Dunia Kak aya ketika masih bersekolah, hanyalah bersama adik-adik, kalau keluar jumpa kawan pun bukan ke mana sangat pun, ke rumah sebelah je..rumah sahabat baik Kak Aya,adik-adik sentiasa mengekor je.

Ada la keluar jauh sikit dari rumah, dalam 500 meter jaraknya...itu pun macam dah jauh sangat.

Dulu arwah ayah selalu bagi "hint" dalam nada bergurau - nak jodohkan Kak Aya dengan anak kawan baik dia.. sahabat arwah ayah ni duduk di kampung sebelah.

Masa tu rasa cuak jugak sebab biasanya kalau ayah cakap macam tu membawa maksud sukar untuk kita cakap TIDAK...akal singkat Kak Aya masa tu memang rasa takut nak fikir, padahal umur baru setahun jagung, sekolah darjah 3 atau 4 macam tu.

Kalau keluarga sahabat ayah tu datang rumah, kak Aya mula la malu-malu kucing, padahal time tu masa nasi pun tak reti langsung..dah pandai nak malu-malu ...anak lelaki kawan ayah tu dah naik tingkatan 1. Mula la buat-buat malu tapi mahu,intai-intai dari lubang kecik pada dinding dapur..ishhh tak senonoh...

Ada beberapa perkara yang masih dalam ingatan Kak Aya , ada satu pagi tu kami bertembung di jalanan, dia berbasikal untuk ke sekolah menengah dan Kak Aya berbasikal untuk ke sekolah rendah, berlawanan arah.

Alahai berdebar gila bila nampak dia dari jauh...makin mendekat makin rasa tak mampu nak kayuh basikal dek kerana terlalu berdebar...merenyam betul.

Bila bertembung, malu-malu melemparkan pandangan....tak tau la mamat tu berdebar tak, ..jangan-jangan Kak Aya je yang malu sendiri hi hi.

Lepas ayah dah meninggal hubungan persahabatan tu kekal., sahabat ayah tu seorang nelayan laut dalam...hasil tangkapan memang banyak. secara tak langsung keluarga Kak Aya pun dapatlah merasa ikan segar secara percuma.

Asal lepas maghrib je mesti samada ayah dia ( kawan arwah ayah ) atau si"dia" tu yang datang menghantar hasil tangkapan  kepada "bakal keluarga mertua" cewahh perasan ..time tu la perasannya..sekarang semua dah renta.

Kalau ayah dia yang datang, kak Aya melenggang ke motor dan ambik satu plastik besar ikan-ikan segar. Kalau "dia" yang datang, Kak Aya hanya mampu mengintai dari jauh...intai tetap intai hi hi.

******************************************************************************************************
Masih basah dalam ingatan, ketika Kak Aya dah mula bekerja di KL, ketika pulang bercuti di kampung, ayah si 'dia' tu datang rumah....

Masa tu, ayah dia duduk atas  tangga rumah dan kak aya pun tak jauh dari dia...keluarga Kak Aya masa tu tak ada kat rumah kot ketika ayah dia mula-mula sampai.

ayah dia cakap - "pok teh nok tanya jelas-jelas, mek memang nok kerja di KL ke atau ada hasrat nak cari kerja di Teranung"

Pertanyaan yang bakal membawa kepada perubahan hidup atau jawapan yang akan merubah segala angan-angan kedua ibubapa sejak bertahun lamanya....Kak Aya terfikir sejenak...ketika itu usia Kak Aya 23 tahun.. Kak Aya rasa dalam usia tu masih terlalu muda untuk fikirkan tentang sebuah perkahwinan memandangkan kehidupan Kak Aya dan adik-adik yang tidak ada ketua keluarga..Kak Aya adalah ketua keluarga bersama -sama dengan mak, tok ayah dan tok.

Dengan menarik nafas dalam, kak aya memberi jawapan -" kita nak kerja di KL kerana kerja sekarang ni rasanya dah elok dan tak nak cari kerja lain lagi dah"

"Pok Teh tanya sungguh-sungguh ni ...pok teh dok tanya doh lain kali". tanya lagi dengan lebih tegas .

"Ya..,kita nak kerja di KL"...tegas jugak jawapan yang dilontarkan kepada pertanyaan kedua tu.

******************************************************************************************************

Tak lama lepas tu kami terima jemputan kahwin daripada keluarga si "dia". Kak Aya tak pergi pun kenduri tu sebab memang Kak Aya tak pernah pergi rumah dia..dulu arwah ayah ada cakap, nanti pergi sana sebagai menantu..besar harapan arwah ayah tapi jodoh bukan di tangan kita.

Mak cakap ' lawa la bini dia, macam rupa Fauziah Latiff". Dalam hati Kak Aya terfikir mereka ni dah lama bercinta agaknya , bagus jugak jawapan Kak Aya nak kerja terus di KL, tak ada la jadi penghalang kepada percintaan dua hati tu.

Dan Kak Aya masih ingat, keluarga Kak Aya agak terkilan kenapa keluarga si dia tak pernah datang merisik Kak Aya sedangkan usik-usik nak buat menantu sejak Kak Aya masih sekolah rendah berlarutan hingga lah kak aya kerja di Kuala Terengganu, selepas Kak Aya kerja di KL baru la tiada lagi sebarang usikan sebegitu.

Rahsia perbualan ditangga rumah dengan Pok Teh itu saya tutup dengan rapi sehinggalah beberapa tahun lepas tu, Kak Aya pun dah nak kahwin, baru Kak Aya cerita.

Kak Aya mula menjejak kaki ke rumah dia ketika pergi untuk menjemput keluarga dia untuk kenduri kahwin Kak Aya...

Mak dia (arwah) memeluk mesra Kak Aya, dia bisik - "mek dah macam anak mak, sampai bila-bila"..sayu dihati saat itu.

hmm tak tau la apa maksudnya, mungkin Kak Aya macam anak sendiri, yang rupa macam Fauziah Latiff tu sekadar menantu je kot hi hi..jahat Kak Aya.

Sebelah rumah mak dia tu, tersergam banglo setingkat si anak . Hmmm anak mata membesar tengok banglo orang.

******************************************************************************************************
Lepas je si  "dia" tu kahwin, rasa cuak kena kahwin dengan pilihan keluarga tetap ada..ntah la kenapa yang takut sangat kena kahwin dengan pilihan keluarga..macam-macam fikir..memang kalau mak call bagitau ada "orang tanya", terus bagi jawapan tak nak dulu buat masa ni..

Memang arwah tok membebel bebel ..tapi sebab dia bebel di dalam corong telefon je , tak ada la ambik kisah sangat, kalau balik bercuti, dia sentuh je isu kahwin memang buat kering je...

Orang kampung suka sangat tau yang kepohci tanya-tanya pada mak, bila lagilaaa Mek Aya tu....tak ada orang lagi keee.....itu yg mak pun mula la berkeluh kesah...jodoh itu memang bukan di tangan kita, kalau stress sangat pun bukan lagi bagus lagi memudaratkan kesihatan je.

Kak Aya sempat belajar separuh masa di UM sebelum kahwin..tak la peringkat tinggi mana sekadar lepaskan hajat nak masuk belajar dalam Universiti, ambik peringkat Sijil dan Diploma je..tapi Diploma je separuh jalan sebab tak cukup duit EPF nak cover keseluruhan kos..tak apalah tak ada rezeki.


******************************************************************************************************

Ok kita cerita pasal perkenalan dengan suami sikit.

Dia jauh lebih muda dari kak aya tau..nanti kak aya tunjuk gambar kami di hari kahwin. ***kalau ingat.
Kenal dia masa dia datang buat praktikal di jabatan kami..Kak Aya ni orang bawahan je dalam jabatan, apa-apa dokumen memang Kak Aya yang akan buat salinan untuk simpanan, memang tengok la butir-butir tentang dia.

Masa dia masuk hari pertama, tak ada pun terfikir nak kawan dengan "budak ni".

Sepanjang tempoh praktikal, dia ni adalah sangat kelako...kalau ada dia, memang tak kering gusi la kami semuanya.

Masa tu kami selalu berborak menggunakan application WinPop melalui komputer. Nampak macam ralit buat kerja padahal sesi berkenalan.

Aaaa dari situ la mula wujud gelombang halus dalam perut.

Semuanya dalam diam, yang tau hanya kami..kawan-kawan tak tau pun.

Dating pun tak ada sangat, ada la lepak kat kedai Pak Tam, dulu gerai je sekarang Pak Tam dah ada Restoran Tuuu Diaa Pak Tam..kak aya jalan kaki dari rumah sewa ke gerai Pak Tam , dia pulak datang dengan motor kapcai dia.

Pernah 2 kali kot tengok wayang. Filem Soal Hati dan satu lagi ntah apa tajuknya...dia tak minat tengok wayang, jadi cukup 2 filem tu je ...lepas dah beranak pinak ni ada la 2 kali jugak kot tengok wayang sebab anak-anak nak tengok.

Tak banyak sangat kenangan yang nak dicoretkan sepanjang persahabatan sebelum kahwin ( eh macam segan nak tulis percintaan, ntah kenapa hi hi).

Kak Aya masih macam di kampung walaupun tinggal di KL, mungkin tinggal bersama Ucu, bukan menyewa dengan kawan-kawan, jadi perangai tu sama je, asal hari cuti je lepak depan TV . Kami menyewa bilik di Jalan Perhentian sehingga April 1998. Kami mula pindah menyewa di Selayang Baru, rumah lot..best gila perasaan sebab lama duduk bilik sempit, dapat menyewa rumah ada 2 bilik, ada ruang tamu, dapur dan tanah kat belakang rumah, rasa macam baru dapat hadiah sebiji banglo.

Sewa rumah ni rm450 sebulan, boleh la dianggap mahal pada ketika itu. Kami tetap cuba mencari-cari rumah lain yang lebih selesa dan murah.

May 2000 pindah ke rumah sewa yang lain, masih di Selayang Baru...rumah ni memang lagi best, tepi jalan utama, ruang tamu luas boleh muat 2 keluarga dari kampung, ada 2 bilik, 2 bilik air dan dapur yang luas, dapat rumah ni terus ikrar tak nak cari rumah lain lagi dah.

******************************************************************************************************
Kak Aya bertunang pada 24 May 2002 dan kahwin pada 9/9/2002.
Suami kak aya ada seorang kakak dan suami kak aya tu anak bongsu, 2 beradik je...kak aya ada 6 orang adik beradik..

Banyak benda yang kontra antara 2 keluarga.
Dah 13 tahun kahwin ni, ada lagi beberapa perkara yang kadang-kadang kita rasa macam belum faham samada antara kita suami isteri, antara kita dengan keluarga dia, dia dengan keluarga kita...rasanya itu perkara biasa, satu yang jelas mengenai suami kak aya ni , dia adalah banyak diam bila di dalam keluarga.

Kalau keluarga sebelah suami ada kenduri kendara, suami kak aya ni tak ada la macam kat ofis yang suka gila buat lawak ..dia lebih banyak mendengar dan tersenyum kalau perlu..tak ada la tersengih sepanjang masa, nanti apa pulak orang cakap hihi.

Macam kak aya pulak, memang jenis diam je kalau di dalam kalangan orang yang kita tak begitu biasa tetapi di dalam keluarga, kak aya riuh dan suka je buat lawak...nampak kan kita berdua memang terbalik..mungkin itu la perencah yang menyebabkan kami kekal bahagia hingga ke tahun 13. Alhamdulillah.

Tak boleh nak cerita panjang buat masa ni, sebab dah panjang dengan kisah lain dah kat atas tu..nanti kita gali-gali lagi ingatan dan share kat sini.

Malam kian larut dah ni...mata pun kian memberat..baik la off pc dulu ye.

p/s: Kak Aya banyak terhutang blogwalking ..Insyaallah, sekarang sedang cuba urus waktu, baru dapat uruskan tang publish entry , lepas ni kita cuba manage untuk blogwalking pulak ye.


 


Manisnya cinta siri honeymoon

$
0
0
Assalamualaikum

Tadi ada kawan kat ofis ni yang baru kahwin apply cuti untuk pergi honeymoon.. kahwinnya 2 minggu lepas, sekarang baru dapat cuti untuk honeymoon.

Bercahaya muka orang nak pergi honeymoon.

Nama pun bulan dan madu..menggambarkan sesuatu yang indah.

Tapi bermadu tak best kot..Ehh.

Kak Aya dulu tak ada pergi mana-mana pun...suami tak dapat cuti lama..ingat lagi bos datang kenduri kami , dia mintak maaf tak dapat bagi cuti lama , tapi dah settle kerja boleh apply , kita bagi, katanya...sampai sudahnya tak ada pergi ke mana-mana pun..Alhamdulillah dapat 3 orang anak...kalau dapat pergi honeymoon macam orang lain tu tak tau la berapa orang dah anak kami hik hik. Ada kaitan ke?

Tak lama dulu Nadhirah ada tanya :

N: Mama dengan abah dulu pergi honeymoon kat mana?

M: Tak pergi pun

N: Ha?? Boleh ke kahwin tapi tak pergi honeymoon?

M: kenapa pulak tak boleh .

N: (angkat bahu)..ntah..tapi dalam drama tu lepas kahwin je terus pergi honeymoon ke pulau atau ke oversea main salji.

M: rasanya nenek tu pun tak pernah honeymoon jugak, ok je dia.

N: mamaaa niiii....nenek tu orang dulu-dulu..mana ada honeymoon time tu.

Tak tau la apa pengertian honeymoon kepada dia..

Kak Aya rasa lagi penting kalau pergi honeymoon selepas beberapa lama usia perkahwinan kita, macam sekarang ni dah masuk 13 tahun ni.

Tambah-tambah sekarang ni banyak gangguan yang muncul..terutama gajet. 

Eh suami orang lain sukakan games COC tak?

Games COC tu adalah sangat penting nampaknya ...kalau boleh tak nak berenggang walaupun seminit pun.

Kak Aya ni memang manusia yang memang tak tau hal-hal games ni..tak reti.

Pelik tengok suami ralit mengadap benda alah tu..jadi kak aya tanya la anak-anak, abah main game apa tu.

Budak berdua ni pulak yang terkejut..mama tak tau games COC? tak tau ? memang tak tau ke?

Ishh macam penting sangat pulak cara tanyanya.

macam boleh kenyangkan perut je betapa bersungguhnya mengadap benda tu.

Rasanya kalau cadangkan pergi honeymoon ke tempat yang best-best pun belum tentu dia terima sebab COC lagi best kot.

Ini la hobi suami kak aya yang sebelum kahwin memang kak aya tak pernah tau...main games.

Masa baru-baru kahwin, ralit dengan Chess.

Lepas tu leka dengan Word Cup.

Lepas tu F1

Terkini COC.

Kata seorang sahabat Kak Aya, bagus la sekurangnya 24 jam ada depan mata, ada apa-apa boleh jerit je panggil, macam suami dia tu, 24 jam lepak kat kedai mamak.
Gas habis kat dapur terpaksa dia sendiri yang angkat tong gas.

Eh tadi nak cerita mengenai honeymoon sebenarnya..tapi dah tak pernah pergi honeymoon, dah tak tau nak tulis apa...membebel je la.

Cuma pada Kak Aya kita perlu ada masa untuk kita suami isteri pergi bercuti sehari dua untuk suburkan kembali kasih sayang cinta segala bagai tu..kalau tidak , jadi la macam pokok kurang air kurang cahaya matahari kurang oksigen semua tu.

Kadang-kadang dapat naik motor ke masjid berdua pun dah rasa happy dan cinta kembali membara, rasa bahagia..betul tak?


JEMPUT "LIKE" YE

$
0
0
Assalamualaikum,

Apa khabar semua malam ni?

Anak-anak baru je tidur.

Tumpang update blog sebaris dua ayat.

Tak ada apa, cuma nak mintak jasa baik follower kak aya ( yang mempunyai account Instagram)yang terbaca entry ni, jemput LIKE video Kak Aya  di Instagram @rohaya_yusof ye...itu Nadhirah la yang tolong snapkan gambar dan guna photogrid untuk dapatkan hasil sebegini..terima kasih sayang..


Kak Aya ni benda simple gini pun Kak Aa tak pandai nak buat..Nadhirah la yang sangat diperlukan bila kena buat perkara-perkara macam ni..emaknya serba tak reti nak buat.

Apa pun harap LIKE ye..biar Nadhirah happy hari ni.

Corat Coret April

$
0
0
Assalamualaikum

Dah tidur ye?

Kak Aya macam biasa .time macam ni baru dapat peluang tekan keyboard.

Tajuk selalunya ke laut. Takpe .. Kak Aya memang begitu.

Harap faham Kak Aya ):

Semalam ada tazkirah Zohor yang disampaikan oleh Imam Muda Fakhrul.

Sangat berkesan di hati.

Tajuk "Bersediakah kita".

Bersediakah kita untuk menemui Allah, Sang Pencipta.

Apakah bekalan yang perlu dibawa.

Apakah persiapan.

Kita sendiri pakat fikir tentang persiapannya. 


Insaf.

Alhamdulillah di surau ofis Kak Aya tu memang setiap hari ada tazkirah Zohor 

yang disampaikan oleh Ustaz-Ustaz hebat, bersilih ganti.

Ingatan untuk Kak Aya, jangan duduk dengar je tapi tang amalan, kekal bertangguh. 


Macam Ustaz Fakhrul cakap la, kita selalu fikir orang lain je yang mati, 
diri sendiri selalu terlupa pulak memang akan mati jugak.

Semua ralit sibuk dengan urusan dunia. Hari-hari kejar dateline ofis.
Dateline mati? Apa preparationnya? Jangan suka tangguhkan taubat.

Menusuk hati.

******************************************************************************************

Kak Aya akan bergerak balik ke KT esok, Insyaallah.

Gerak petang sebaik saja Ucu selesai buat dialysis.

Sebenarnya mak baru je tau kita orang nak balik kampung.

Saja malas nak riuh-riuh dulu takut tak jadi nanti mak frust pulak.

Dah lama betul kak aya tak balik kampung, tahun ni belum jejak kaki lagi.

Baik ke macam tu? Kecewa.

Selalu Kak Aya terfikir, kalau Kak Aya tukarkan situasi sekarang - 

Kak Aya yang menunggu 5 bulan untuk tengok wajah anak-anak.. 
5 bulan bukan 5 hari...

Sebak.

Tak boleh bayangkan macam mana rindunya.

Tapi Kak Aya sebagai anak? Macam tega je biarkan mak menunggu di kampung selama 5 bulan.

Ampunkan anakmu , mak.

Pasti ada je alasan untuk setiap perkara.

Malas nak layan alasan tu.

Sebab sebagai seorang mak, tak ada alasan untuk anak tidak menjenguk mak.

Nadhirah, Umar dan Zahra - jangan buat mama sama macam mama buat nenek.

Mesti jenguk mama selalu.

(Pentingkan diri sendiri je bagi nasihat macam tu..sedangkan diri sendiri tak tunjuk

contoh yang baik kepada anak-anak)

Ntah la..

Memang terasa sedih sangat.

kesibukan kerja , anak tuition , tak ada cuti..bla bla bla bla.

mak sendirian di kampung..sangat sedih saat ni.

Ya Allah...Ampuni la hamba Mu ini. 



****************************************************************************************

Tak lama lagi, 19/5/2015, kalau ikut jadual dan perancangan yang 

ditetapkan oleh pihak hospital, Ucu akan menjalani pembedahan untuk
pemasangan tapak@fistular pada lengan kiri untuk tujuan dialysis.

Ucu memang berdebar, takut, risau, semua rasa ada.

Memang kalau boleh tak nak buat, katanya.

Tapi kalau itu yang terbaik, dia redha .

Berat badan Ucu naik sikit minggu ni, Alhamdulillah.

Kalau sebelum ni memang tiap kali buat dialysis berat akan turun.

Pakaian semua kena beli baru.

Kalau pakai seluar panjang, baru je angkat ke pinggang zrruuuutttt melorot hingga ke kaki.

Kurus sangat. Sekeping.

Ucu selalu cakap, nikmat sihat dah diambil semula olehNYA.

Jadi kita yang sihat, wajib mensyukuriNYA.

Insaf lagi.

******************************************************************************************

Pernah tak rasa seperti berserabut walhalnya tak ada apa-apa masalah pun.

Pernah tak rasa sunyi walhalnya riuh rendah sekeliling.

Pernah tak rasa kosong sedangkan macam-macam perkara menunggu untuk diurusi.

Pernah tak rasa macam nak jerit tapi tak tau nak jerit apa.

Kak Aya ada waktunya melalui saat begini...dulu..dulu masa usia nak menginjak 35,36 tahun..kerap rasa begini. ..sekarang pun kadang-kadang ada terasa tapi cepat-cepat kita mengingati Allah.

HATI..ada masalah.

HATI...ada calar.

HATI...ada sakit.

HATI...ada keras.

Sejak tu, Kak Aya sering mencari jalan untuk ubati hati.

Sampai hari ni, hati masih menjalani proses pembersihan.

Namun ada muncul tenang berbanding dulu.

Kak Aya percaya proses kematangan sedang berlaku.

Kita sedang mencari arah tujuan kehidupan yang sebenar.

Kita mula faham tujuan kehidupan.

Insaf dan kerdil sangat.

******************************************************************************************
SEKIAN .TERIMA KASIH. 

Review BB Cream Seqy Beauty by Blogger Nurulism

$
0
0
Assalamualaikum,

Kak Aya happy sangat hari ni kerana Chika@Nurulism sudi memberikan review beliau tentang BB Cream Seqy Beauty ni.

Memang la Kak Aya bayar Chika untuk buat review tetapi seperti blogger Mama Zharfan dulu juga Kak Aya meminta kedu-duanya mencuba terlebih dahulu BB Cream tersebut baru la review.

Macam Chika ni, dia guna BB Cream SQB ni secara konsisten dah berbulan lamanya dan hasilnya review itu memang dari hati tulus ikhlas, bukan review sekadar review je...Kak Aya memang suka melabur terlebih dahulu kerana percaya kalau sesuatu produk tu dicuba terlebih dahulu baru la hasil review tu memang benar-benar dari hati.

Berikut review beliau di IG @nurulism

"Setiap pagi saya berperang dengan masa. Nak sediakan lunchbox Medina, nak siapkan 3 orang budak, bagi breakfast, dan hantar ke sekolah. Nak pergi sekolah pulak kena keluar berjumpa ramai emak-emak lain. Kena pulak sedikit melaram supaya tidak kelihatan suram di tempat kejadian.

Pagi pagi nak kena melaram ni bukan senang OK. Lainlah kalau pada waktu pagi itu saya memang ditakdirkan untuk bangun dan menghadap muka sendiri sahaja. Boleh shading, boleh blend eye shadow sebanyak 162 pusingan dan menampal beberapa lapisan cream di muka termasuk whipped cream, cream of tartar dan creme brulee. Acah je.

Jadi, apa dia solution untuk bersiap laju-laju especially pada waktu pagi yang tak keruan? BB CREAM!

Apakah itu BB Cream? It stands for Beauty Balm or Blemish Balm. Secara ringkas ; ALL-IN-ONE FACIAL COSMETIC. Satu penciptaan untuk menuju wawasan 2020 di mana semua benda kena laju dan boleh terbang. Jadi cream ini boleh terbang terus ke muka kita? Waaaahhhh  -- HEY TAK BOLEHLAH. Belum Wawasan 2020 lagi. Belum ada cream wajah terbang.

Anyway.

Setiap pagi saya hanya menggunakan SEQY BEAUTY BB CREAM untuk membawa wajah ini keluar rumah. Semuanya cukup hanya dengan satu produk saja. Ianya waterbased. Menjadikan kulit terus moist tidak berminyak, menutup segala cela dan seperti dah berbedak.

Selain cepat, harganya berpatutan I tell you. Hanya RM55, tahan sehingga 2 bulan (atau mungkin lebih) Mendapat kelulusan KKM juga (kalau tak, saya juga tak sudi menggunakannya 😤) Dapatkan dari@Rohaya_yusof. Siapa? @Rohaya_yusof. Siapa?@Rohaya_yusof. Siapa? @Rohaya_yusof. SIAPA? Jangan buat saya ulang lagi, boleh?

Sudah, bersurai sekarang dari Intagram saya dan pergi kacau @Rohaya_yusof sana.

Nak lagi laju, bokeh contact terus Rohaya Yusof (Kak Aya) di 017 3416762

Dengan ucapan, sumpah tak tipu. Saya menggunakannya dan suka sekali

NOTICE : DILARANG COPY PASTE IKLAN INI UNTUK KEGUNAAN SENDIRI. BOLEH REPOST TANPA MEMBUANG SEGALA DETAIL@ROHAYA_YUSOF. TERIMA KASIH."



BB Cream ni memang bagus untuk Kak Aya dan beberapa pengguna yang telah berpuas hati. Tapi sesuai untuk Kak Aya tak semestinya sesuai untuk awak..awak..dan awak tapi Kak Aya rasa kalau bagus apa salahnya kita saling sampaikan kebagusannya itu. Kena cuba, kalau tak cuba sampai sudah memang kita tak tau produk tu sesuai tak dengan kulit muka kita.

Kak Aya sentiasa ada stok atau nak beli dengan agen lain , Kak Aya tak ada hal. Kalau nak beli dengan Kak Aya boleh je berhubung melalui apa je cara yang biasa orang guna. Call/SMS/Whatsapp/Telegram 0173416762 atau malas nak guna semua ni, suka nak emel je, boleh emel kepada rohayayusof73@gmail.com

Ok terima kasih.

Bersyukurkah kita?

$
0
0
Assalamualaikum

Alhamdulillah. Syukur kerana banyak limpahan rezeki daripada Allah beberapa hari ni. Hari-hari lain pun melimpah nikmat daripada Allah sehingga tidak mampu dihitung. Cuma ada beberapa yang sangat berlebih nikmatnya yang ingin dikongsi yang Kak Aya terima daripadaNYA beberapa hari ni.

Nikmat-nikmat yang tak mampu didustakan. MasyaAllah.

1. Selamat pulang ke kampung berjumpa ibu, adik-adik , saudara dan jiran tetangga. Selamat kembali semula ke tempat mencari rezeki.

2. Bawak pulang barangan dagangan , semua laku diperdagangkan...mak aii ayat.. Kak Aya bawak balik Jus Faqqih Murabbi sebanyak 1 karton = 24 botol, semua habis dijual.
BB cream, Cleanser dan Sakura mask masing-masing 5 set, semua laku. Sangat bersyukur.

3. Seronok sangat balik kampung. Hati ni kuat nak tinggal di kampung. Kenangkan mak, kenangkan Ucu yang sakit, hati meronta nak balik menetap di sana. Doakan Kak Aya dapat
pulang menetap di sana. Memang macam mustahil tapi tiada yang mustahil dengan izin Allah. Suami Kak Aya mesti memilih untuk tinggal berdekatan dengan keluarga dia tapi Kak Aya sentiasa berdoa agar kami dapat pulang menetap di Terengganu.Insyaallah.

4. Anak-anak , suami , diri sendiri semua sihat walafiat walaupun berpanas terik di Terengganu.

6. Melihat mak gembira mengusik cucu-cucu, hati tumpang riang. 

7.Blogger Nurulism ada buat review untuk BB Cream yang Kak Aya jual, hasilnya sales meningkat berbanding hari biasa. Malam-malam buta pun ada yang whatsapp nak beli.

Hmm banyak kan nikmat yang Allah kurniakan, di atas ni sebilangan kecil je..tapi sebanyak mana kita bersyukur dengan nikmatNYA itu?

 Insaf. Kerdil.Pendosa.

Jom sama-sama muhasabah.

Tupperware Percuma

$
0
0
Assalamualaikum,


Siapa nak tupperware percuma?

Boleh order Set combo Seqy Beauty sekarang ye.

Ada 3 produk:
1. Cleanser
2. BB Cream
3. Sakura mask

Harga RM190, jimat RM2. Free postage, Free gift Tupperware.

Boleh call/Whatsapp/SMS/ Telegram 0173416762 ye

TERHAD KEPADA 5 PELANGGAN BERTUAH SAHAJA YE!

Skincare Seqy Beauty

$
0
0
Assalamualaikum.. 

Lama Kak Aya tak update blog..anak-anak kurang sihat, kerja ofis menimbun dan terbaru abah mertua baru je meninggal minggu lepas..memang kelam kabut sikit la. Banyak nak update tentang personal life tapi tunggu dulu la.

Awal pagi ni nak update tentang bisnes, sebab dah jadi satu cabang sumber rezeki, tak boleh la nak buat tak tau je kan, kena la selalu update..kalau tak mana nak datang rezekinya..

Nak bagi tau yang Seqy Beauty ada mengeluarkan Set Skincare, Kak Aya baru je dapat stok hari Sabtu semalam tu.
Set ni mengandungi:

1.Cleanser 50ml
2.Toner 50ml
3.Serum 30ml
4.Day & night cream 15g

Guna ikut susunan seperti di atas ye.

Fungsi-fungsinya:

Cleanser : membersihkan kulit dari dalam dan dianggap sebagai pembasmi kuman. mengandungi vitamin c dan pelbagai jenis extract tumbuhan dengan tujuan pemutihan.

Toner : diformulasikan dengam ciri2 mengawal sebum (kelenjar yg mengeluarkan minyak), mengurangkan radang (kemerahan) pada kulit wajah dan mengurangkan jerawat.

Serum : diformulasikan untuk acne skin. Mengawal sebum. Bertindak sebagai anti mikrobial dan mencegah pertumbuhan bakteria.

Day n night cream : diformulasikan dengan pelbagai jenis ektrak tumbuhan untuk mengawal sebum dan mengurangkan kemerahan. Gunakan 2 kali sehari boleh mengurangkan jerawat sekali gus membersihkan kulit wajah. Agen penyejuk boleh menenangkan kulit dan mengurangkan kegatalan yang disebabkan oleh jerawat.

Ni gambar testimoni yang terpilih untuk menggunakan skincare ni sebelum produk ni dipasarkan.
Produk tidak menggelupas ye...jangan risau..ramai yang whatsapp Kak Aya tanya bila guna produk ni muka kita menggelupas tak? jadi merah-merah tak? pedih tak? Insyaallah tidak. Pihak SQB telah menjalankan ujian ke atas 10 pengguna yang pelbagai jenis kulit muka dan tiada penggelupasan berlaku.




Setiap pembelian PERCUMA TUDUNG AIDIJUMA WHITE LABEL.(terhad kepada 10 pelanggan je)

Harga RM130 Semenanjung RM140 Sabah Sarawak
HARGA TERMASUK KOS POS

0173416762 UNTUK ORDER

Promosi Hebat Ramadhan

$
0
0
Assalamualaikum,

Kak Aya mengalami kemalangan kecil minggu lepas, patah hujung siku dan lengan...ni menaip dengan sebelah tangan.

Tahun ni banyak ujian untuk Kak Aya sekeluarga.

Kak Aya yakin Allah menguji kerana sayangkan hambaNYA.

Ni kak aya gagahkan diri untuk update blog,nak bagitau tentang promosi hebat yang diadakan sekarang.

Kak Aya kena giat promote sebab kak aya diberikan MC yang panjang sehingga perlu ambik unpaid leave,jadi memang wajib rajin promote untuk bisnes, nanti kang tak pasal makan angin keluar asap sebab tak ada gaji.

ok, sesiapa yg berminat boleh roger Kak Aya ye..semua ready stok.

Promosi ni bermula sekarang hingga 30 Ramadhan saja ye,lepas raya kembali kepada harga biasa.

boleh sms/whatsapp/telegram/call 0173416762.SEMUA COMBO MENERIMA PERCUMA TUDUNG AIDIJUMA WHITE LABEL


Salam Ramadhan

$
0
0
Assalamualaikum

Alhamdulillah ..hari ni masuk hari ke dua kita menjalani ibadah puasa..(walaupun baru nak bangun sahur untuk hari ke dua).

Semalam hari terakhir kak aya mc, hari ni dah mula kerja..siku masih belum elok..minggu depan ada follow up dengan Pakar.Harapnya dapat sambung mc lagi..kalau tidak susah juga sebab tangan kanan ni tak cukup kuat nak paut stering kereta.

Kelmarin beria mengemas rumah , last-last yang betul-betul siap dikemas hanya di tingkat bawah ni je..tak apalah, kami naik atas pun untuk tidur je, apa aktiviti semua kat bawah ni.

Alhamdulillah petang semalam kami berbuka dengan mee goreng je.

Ni lepas update blog, Kak Aya nak masak nasi dan masak sambal ikan kembung,goreng telur dadar.

Ok itu je rezeki pagi ni.

Nadhirah belum start puasa..masih bendera merah. Umar je la yang puasa..tahun ni Alhamdulillah, nampaknya Umar jauh berbeza dengan tahun lepas. 

Tahun lepas, Umar siap cakap benci la dengan Ramadhan , sebab laparrrrrrr je sepanjang masa.

Hmmm biasalah budak-budak....

Tahun ni dia dah faham erti Ramadhan..smlm balik dari sekolah dia baring je..tak ada bunyi lapar atau apa..

Cuma dah dekat dengan waktu buka, dia memang nampak kurang sabar...dia cakap jarum jam macam tiba-tiba duduk kat situ je tak bergerak.

Ok la..selamat bersahur semua...

p/s: Hari pertama kerja selepas 3 minggu MC....

Tiada yang sia-sia

$
0
0
Assalamualaikum

Jap jap...nak kira berapa hari dah tak update blog ni...hmmm alahai baru sepekan je..belum berpurnama purnama lagi.

Puasa dah berlalu 9 hari dah...cepat je kan? Semoga amal ibadat kita semua turut meningkat sama macam meningkatnya bilangan hari yang berlalu.

Minggu ni busynya dengan kerja-kerja ofis pada tahap gaban atau pun lebih daripada daripada tu..jangan tanya apa itu gaban, Kak Aya tak tau..

Menyorot semula kejadian pada hari Jumaat, 29/5/2015..pagi indah tu tenang je sebenarnya...rutin pun macam biasa je, keluar daripada rumah dengan Bismillah dan langkah kanan. Start kereta terus hantar Zahra ke rumah Ucu.

Terus la perjalanan ke tempat Nadhirah transit. Time tu radio yang berfrekuensi 91.50 sedang mengalunkan surah Al Kahfi, mengalirkan rasa tenang dalam jiwa. Siap sangkut pakaian sekolah agama Nadhirah dan letak beg tukar pakaian serta beg sekolah agama.

Sambung lagi pemanduan dengan ditemani Surah Al Kahfi di corong radio IKIM.fm menuju ke tadika tempat Umar transit...mereka berdua ni transit di tempat yang berlainan..mereka selesa begitu, tempatnya dekat-dekat je. .sepelaung je.

Sampailah di kawasan tadika...banyak kereta diparkir depan pagar tadika menyebabkan Kak Aya parkir kereta di depan rumah jiran kepada tadika. Depan pagar rumah tersebut ada banyak batu-batu kerikil...kecik-kecik je.

Kak Aya keluar dari kereta, menuju ke belakang dan nak pusing ke sebelah pintu sana untuk ambik pakaian.kalau buka pintu bahagian belakang tempat pemandu,situasi tu agak bahaya kerana betul-betul di tepi jalan besar sebab tu la nak buka pintu sebelah sana.

Masa kak aya ke belakang nak pusing ke bahagian sebelah sana tu la, kaki ni terpijak batu kecil, terus kaki kiri terpeleot dan kak aya jatuh ke sebelah kanan , kak aya jatuh dan badan timpa bahagian siku dan terasa seperti bahagian lengan terkulai..lama terbaring macam tu..kereta lalu lalang dengan laju..

Sakit usah ditanya. Mau menangis tapi  tak ada keluar airmata. Segalanya tertahan

Bila dah terasa seperti sedikit tenang, Kak Aya bangkit perlahan-lahan,buka pintu kereta dan duduk bertenggek di muka pintu kereta dan cuba cari kekuatan dan ketenangan.

Fikiran sedang berfikir nak call Ucu atau suami terlebih dahulu? Kalau call Ucu mesti dia terus datang dengan keadaan kurang sihat dan membawa Zahra sekali...pastinya dia akan terperanjat..Cancel untuk call Ucu.

Call suami. Tak berjawab. Satu peel suami adalah susah nak angkat call ketika memandu. Biasanya bila dah tiba di pejabat baru la dia akan return call. Hmm masing-masing punya peel, berbeza dengan Kak Aya, setiap call yang berbunyi adalah penting walaupun ntah sesiapa yang call, Kak Aya tak boleh biarkan telefon berdering kecuali memang di dalam situasi yang tidak membenarkan menjawab.

Ok la, dah rasa lega sikit, bangun dari kereta, perlahan-lahan menapak masuk ke laman tadika. Bagitau kepada salah seorang guru yang Kak Aya baru je lepas terjatuh kat depan sana tu ha.. Cikgu tengok muka Kak Aya sangat pucat, 2 cawan air suam Kak Aya teguk.

Dipendekkan cerita, cikgu tadika menghantar Kak Aya ke hospital. Lepas tu kat sana jumpa suami. 
Xray menunjukkan hujung siku ada patah sikit.  

Petang tu dah balik rumah, baru la call Ucu dan adik beradik. Biasanya ada je kesusahan menimpa, laju je bagitau pada keluarga tapi kali ni betul-betul diamkan je dulu.

Satu perkara yang Kak Aya dapat sematkan di dalam fikiran selepas kejadian terjatuh tu adalah setiap ciptaan Allah itu tiada yang sia-sia, semuanya ada manfaatnya.

Batu yang dipijak tu kecil sangat berbanding kaki yang memijak.

Tapi dengan kuasa Allah , saiz sekecil itu mampu menjadikan Kak Aya hilang kekuatan untuk melakukan kerja-kerja rutin.

Sangat terkesan di dalam hati. Apa jua ciptaan Allah, mesti ada fungsinya.

Tak ada sebab untuk diperkecilkan atau dipinggirkan kewujudannya.

Sebaiknya kita perlu cari manfaat disebalik penciptaanya.

Ya...memang banyak benda yang memberikan kesinambungan rasa di sebalik kejadian itu.

Kesimpulannya, kita tidak tau bila malang akan berlaku.

Sentiasa berhati-hati dan selalu berdoa minta perlindungan dari Allah.

Sekian. Dari Kak Aya dengan mata separa terbuka separa terpejam.

CERPEN NAURA - MANIS DI SEBALIK KEPAHITAN

$
0
0
Assalamualaikum
Semoga enjoy dengan cerita ni ye.

Sebenarnya ini adalah berkisarkan kisah benar seorang sahabat dunia akhirat Kak Aya yang kini menetap di Terengganu. Tapi Kak Aya ubah mana yang perlu, konon-konon jadi la cerpen kreatif sendiri.

 Sebarang komen atau nasihat atau pun nak kongsi rasa yang sama, amat dialu-alukan.

*********************************************************************************
"Assalamualaikum”…satu suara kedengaran di corong sebelah sana sebelum sempat aku bersuara.

“Waalaikummussalam, siapa di sana tu?” Tanyaku kerana kedengaran seperti suara asing saja di telinga ku ini.

“ Saya Lisa,.ni Kak Mar , ke?” Dia memperkenalkan diri dan nampaknya dia mengenali nama ku. Aku mula cuak.

“ Iya betul, ni Kak Mar, Lisa ni call dari mana, nak cakap dengan siapa?” ..aku terasa seperti berdebar pulak bila dia tau siapa nama aku sedangkan aku tidak pernah mengenali siapa dia.

“ Oh ini isteri Abang Faizal”, terangnya jujur.

Aku seperti terkejang kerana suamiku pun Abang Faizal juga tetapi aku cuba-cuba berlagak tenang.

“ Abang Faizal mana tu?” aku cuba berbasa-basi setenang-tenangnya.

“Abang Faizal suami Kak Mar jugak la, kita ni bermadu”, makin berterus terang dan penuh ketenangan suara dia dan nampaknya aku yang tak mampu lagi menahan diri daripada menggeletar. Aku hanya terdiam kaku, suaraku hilang entah ke mana.

“Lisa telefon Kak Mar ni nak bagitau yang Abang Faizal dah pun menjadi suami Lisa sejak 3 bulan lepas dan sekarang Lisa sedang mengandung 1 bulan, Lisa rasa tak perlu disembunyikan lagi perkahwinan ini memandangkan kami tidak melakukan perkara yang salah..ye mungkin salah kerana ianya diluar pengetahuan Kak Mar. 3 bulan Lisa memberi peluang kepada Abang Faizal untuk berterus terang kepada Kak Mar tetapi beliau tidak mampu untuk berterus terang, itu saja yang Lisa ingin katakan kepada Kak Mar , Assalamualaikum”. Nampak jelas keberanian ‘maduku’ ini.

Aku kekal berdiam diri dan tak mampu bersuara walau sepatah pun , airmata laju mengalir di pipi. Perlahan ku letakkan gagang telefon , serta merta hidup ku terasa kosong sekosongnya. Nampaknya dengan hanya satu panggilan telefon berjaya meranapkan seluruh perasaanku.

Serta merta terlayar kembali detik-detik yang kami lalui sebagai suami isteri yang mana ada kalanya aku sendiri meragui kejujurannya namun kerana kasih sayang dan cintaku pada suami tidak berbelah bagi, segala keraguan itu ku lupakan begitu saja. Akhirnya inilah ganjaran yang aku terima di atas kesetiaan dan cinta tidak berbelah bagiku itu. Allah! Allah! Allah Maha Besar!

“Ibuuuuuu!!” kedengaran suara si bongsu ku, Suri menjerit menghilangkan terus ingatanku pada layar cerita 10 tahun lalu…laa rupanya dia dah banyak kali memberi salam di luar pintu tetapi aku yang sedang hanyut dalam kenangan lalu langsung tidak menyedarinya. Sebenarnya Suri baru saja pulang dari sekolah ,ada kelas tambahan.

Suri memelukku mesra..anak ini sentiasa riang gembira seolah-olah hidup tiada masalah , biasalah budak seusia dia yang baru berusia 10 tahun pastinya hanya tau melayari kehidupan dengan kegembiraan saja.

“Suri saaayaang ibu”, si comel ini memang pandai membeli hatiku..dia la yang selalu menemani ku kerana 2 kakaknya tinggal di asrama. Sementelah lagi kisah airmata itu bermula ketika aku mengandungkan Suri, pastinya kami menjadi lebih akrab.

Mataku menghantar langkah Suri naik ke bilik atas, itu tidak lain nak mengadap laptop la tu. Aku memberinya sedikit kebebasan di kala cuti begini lagipun dia baru saja pulang dari kelas tambahan.

Kedengaran pula lepas tu bunyi kereta memasuki ruang laman rumahku , suamiku pulang seperti biasa, malam ni giliran di rumah ku pula.

Aku seperti biasa menunggu suami di depan pintu, menyambut huluran salam, kami saling memberikan ciuman kasih sayang dipipi, rutin yang tidak pernah sekalipun kami tinggalkan walaupun sudah 10 tahun aku dimadukan dan usia perkahwinan kami telah pun mencapai 21 tahun.

“Mar masak apa hari ni?” soalan wajib setiap kali suamiku melangkah masuk ke rumah bila giliran di rumahku.

“Tenggiri masak lemak cili api, acar timun dan cencaru sumbat je hari ni, bang” mesra seperti selalu aku memberikan jawapan kepada pertanyaan suamiku.

Aku perasan wajahnya agak mendung, pastinya untuk mendengar dia bercerita tentang masalah yang dihadapinya adalah mustahil. Sebenarnya wajah mendung begini kian kerap melatari wajahnya,bukan saja akhir-akhir ini malah telah lama ku kira.ianya jelas di mata hatiku.

Aku kira pastinya masalah kewangan yang menghantui benak suamiku hinggakan wajahnya begitu kelat sekali.

“abang ada masalah ke? Ceritalah pada Mar, mana tau boleh ringankan sikit tanggungan abang tu” aku cuba berdiplomasi sebaik mungkin.

“tak ada apalah, lagipun Mar tak perlu tau kalau abang ada masalah” keras dan agak hambar je kedengaran suara suamiku di pendengaranku .

“abang, kita kahwin dah 20 tahun lebih, abang masih lagi dengan sikap suka memendam rasa, Mar dah selalu cakap kalau ada yang abang tidak berpuas hati, sama-sama la kita bincang,hidup berumahtangga ni perlu ada komunikasi 2 hala,bang” aku bersuara sedikit tinggi tapi sebenarnya masih lagi terkawal, sesungguhnya aku tidak pernah membantah cakap suamiku sejak hari pertama kami kahwin tetapi selepas dimadukan, aku agak berani untuk menyuarakan pendapatku. Suami seorang lelaki yang begitu ego untuk menerima pendapat dan teguranku. Aku terpaksa akur dengan sikapnya namun aku tidak pernah berhenti berdoa agar Allah memberinya petunjuk.

“ sebenarnya ini masalah mengenai perniagaan abang, dah lama perniagaan abang merosot, banyak simpanan digunakan untuk menampung kehidupan, orang sana tidak bekerja kerana tamat kontrak, dia sedang mengandung lagi sekarang” nah terluah juga daripada mulut suamiku yang selalunya ego tak bertempat ini.

Aku sebenarnya tidak terkejut dengan luahan ini kerana aku dapat mengagak bila suamiku kerap mengambil buku akaun simpanan daripada laci simpanan kami. Nampaknya maduku mengandung anak ke 3 sekarang, agak perit bila tiada pendapatan sedangkan tanggungan makin bertambah ,aku bersyukur kerana aku masih bekerja dan secara tidak langsung aku banyak menanggung perbelanjaan keluarga semenjak suamiku beristeri lagi.

Suamiku membelikan rumah untuk isteri kedua menggunakan duit suamiku sepenuhnya dan melakukan renovasi kepada rumah tersebut bagi menyamai rumah kami yang ada kerana itu adalah salah satu bentuk keadilan, itulah kata-kata suamiku ketika aku mengomel terlalu cepat suamiku membelikan rumah untuk isteri kedua, sedangkan ketika kami baru berkahwin dulu kami hanya menyewa flat selama 3 tahun sebelum menduduki rumah teres setingkat yang sempit. Hanya ketika perniagaan suami maju, kami mendiami rumah teres 2 tingkat yang agak besar dan selesa.

“kalau abang perlukan duit, Mar boleh keluarkan duit simpanan Mar, mungkin tidak begitu banyak tetapi Insyaallah dapat menampung perbelanjaan abang di sebelah sana, Mar ikhlas bang,jangan abang terasa apa-apa” aku menawarkan pertolonganku, sebagai isteri sudah tentu aku tidak sanggup melihat suami berada di dalam kesusahan begini.

“ abang sangat malu dengan Mar….abang sia-siakan cinta Mar terhadap abang selama ni, abang terlalu mengikut rasa hati abang…Mar terlalu banyak berkorban demi kebahagiaan abang..maafkan abang, Mar” suami memelukku erat dan jelas airmatanya bergenang.

“usahlah abang ungkit lagi perkara lepas…10 tahun bukan waktu yang singkat untuk Mar hadapi tetapi Mar redha dan sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk menerima dugaan ini dengan penuh keredhaan…Mar sudah tidak terasa pahitnya lagi kini mungkin masa telah mengubati segalanya…Mar cukup bahagia kerana mempunyai suami seperti abang walaupun abang juga yang menghancurkan hati Mar..Mar hampir hilang jiwa selepas apa yang abang lakukan pada Mar…Mar diberikan ganjaran sebegini tanpa Mar tau apa kesalahan dan kekurangan Mar…Mar sudah cukup bahagia bang sekarang…semangat Mar dah kembali pulih…” aku luahkan segalanya dengan tangisan yang menderu.

Kami saling berpelukan di ruang tamu rumah. Kalau Suri turun menjenguk ke bawah mesti dia terkejut melihat kami di dalam keadaan sedemikian. Lama jugak aku menangis mungkin kerana saat ini telah lama aku nantikan , aku ingin sekali meluahkan rasa di hati aku walaupun bukan sepenuhnya tetapi sekuranya aku dapat mendengar dia meminta maaf dariku.

Selang seminggu selepas peristiwa di ruang tamu itu, RM3 ribu bertukar tangan…aku seikhlas hati memberikan kepada suami. Duit itu la yang akan digunakannya untuk persediaan sekolah 2 anaknya, keperluan untuk bersalin serta lain-lain perbelanjaan.

Kuasa Allah tiada siapa dapat mengatasinya…suamiku yang suatu masa dulu pernah mempunyai pendapatan sehingga mencecah 30 ribu sebulan kini langsung tidak mempunyai pendapatan.

Menurut cerita suamiku, selepas setahun dia berkahwin lain, semua rakan niaga menamatkan kontrak perniagaan, bermula dari hari itu, dia cuba memulakan perniagaan lain tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan. Dia keberatan untuk bercerita kepadaku kerana merasa malu dengan tindakannya sebelum ini. Suamiku turut mengakui pernah meninggikan suara kepada ibunya selepas ibunya mempersoalkan keputusannya berkahwin lain suatu masa dulu, suamiku yakin ini salah satu pengajaran dan pembalasan di atas perbuatannya itu.

Aku hanya mampu menyuruhnya bersabar dan memujuk beliau memohon ampun dan maaf daripada kedua ibuabapanya, semoga ibu mertuaku lembut hati untuk mendoakan kejayaan hidup anaknya ini.

Akhirnya dengan berkat doa ibu, doa kedua-dua isteri dan kesungguhan suamiku serta izin Allah, selepas berakhir tempoh pantang isteri keduanya, suamiku berjaya memulakan perniagaan yang baru, isterinya dapat pekerjaan baru dan kuasa Allah jua menganugerahkan 3 putera kepada suamiku melengkapi kehidupan kami semua. Aku menangis kerana terasa sungguh kerdil dan aku yakin dengan kebesaran Allah.

Aku muhasabah diri di atas semua kejadian ini. Aku sedar ini adalah dugaan Allah, aku pernah merasa terlalu bahaia yang mungkin hingga menjadi riak dan lalai ketika suamiku memperolehi pendapatan hingga 30 ribu sebulan. Mungkin tanpa ku sedari aku pernah menyinggung perasaan orang lain kerana percakapanku yang mungkin seperti memandang rendah di atas kesusahan orang lain. Mungkin ketika itu aku terlalu leka kerana tidak menyangka akan diuji sebegini. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana memberikan aku kesedaran sebelum aku menutup mata menemuiMu satu masa yang aku sendiri tidak tau waktunya.

Hari ni aku dan anak-anak berkumpul, biasalah ketika cuti sekolah akhir tahun ni, ini la aktiviti kami berempat, keluar makan bersama, menonton wayang bersama, ini salah satu hikmahnya selepas hidup bermadu, suamiku memang agak sibuk kerana anak-anak di sebelah sana masih kecil pastinya menuntut lebih perhatian, aku redha dengan situasi itu kerana ini memberi peluang untuk aku lebih rapat dengan 3 puteri kami itu.

Seawal pagi aku dan anak-anak sibuk memasak di dapur sementelah lagi ayahnya akan pulang makan tengah hari di rumah. Kami hidangkan nasi ayam dan puding roti sebagai pencuci mulut. Sengaja aku masak lebih banyak kerana kami bercadang untuk tidak memasak lauk lagi malam ini.

“Assalamualaikum” suara suamiku kedengaran dibalik pintu utama. Dek kerana kalut di dapur kami tidak menyedari bunyi kereta masuk di laman rumah.

“Waalaikummusalam” serentak aku dan anak-anak menjawabnya.

Amat terperanjat kami bertiga bila pintu ku kuak dari dalam…kelihatan 5 susuk tubuh manusia di depan pintu.

“ Kak Mar…..Lisa malu dengan Kak Mar…Lisa dah ambik hak Kak Mar, Lisa terus sombongkan diri” Maduku menerpa dan memelukku erat..terpinga-pinga aku dalam pelukkannya namun aku turut membalas pelukan Lisa.

“Dah la…malu jiran-jiran tengok, nanti boleh jadi buah mulut orang pulak kalau kita bertangis-tangisan begini di depan pintu, jom la masuk” aku agak gementar namun ku kuatkan semangat. Ku yakin hidup baru akan bermula hari ini. Di dalam hatiku agak marahkan suami kerana tidak memberitahu lebih awal plan untuk membawa keluarga keduanya di dalam hidup kami hari ini.

Nampaknya 3 puteri kami yang mula-mulanya malu malu kucing dengan umi dan 3 adik lelaki itu akhirnya menjadi mesra di dalam masa yang sungguh singkat.

“ Lisa dah lama ingin ke mari tetapi Lisa takut Kak Mar tidak menerima kehadiran kami, lagipun Lisa tak nak Kak Mar terus bersedih bila melihat kehadiran kami yang tidak diundang”, Lisa agak tenang menuturkan bicara, berbeza berbanding aku yang agak kalut, mungkin ini kah perasaan isteri tua?

“ Kalau dulu memang Kak Mar tak dapat menerima kehadiran Lisa dan anak-anak di dalam hidup kami tetapi kita ni kan makin sehari makin tua, makin banyak ilmu dan pengalaman yang kita lalui , pastinya itu semua mematangkan kita, mengajar kita menjadi lebih positif lagipun hidup kita hanya sekali, Kak Mar tak nak habiskan masa tua Kak Mar dengan bersedih sepanjang masa” , akhirnya aku turut tenang dan bersuara untuk hilangkan rasa bersalah di hati Lisa.


“ Abang minta maaf dengan Mar dan Lisa kerana gagal menjadi suami yang baik selama ini, selepas ini abang harap kalau ada yang tidak betul, Mar dan Lisa sudi memperbetulkan abang, memberi teguran kepada abang….”, suamiku bersuara dengan penuh sendu .

Kami semua berpelukan mesra dengan airmata berlinang tanda bahagia dan menerima takdir ini sebagai salah satu ketentuan untuk kami dan semoga kami bahagia sebagai satu keluarga. Tiap yang berlaku adalah ujian daripada Allah . Aku tidak menyangka akan berdepan dengan wanita yang pernah membuatkan hidup aku nanar dan hilang punca , wanita yang pernah membuatkan tidur malamku diulit cemburu dan inilah wanita yang mengajar aku erti berkongsi kasih dan pengorbanan. Semoga permulaan baru hari ini membawa kami ke syurgaMU. Poligami tidak menjadi satu kesalahan tetapi sekiranya pihak suami gagal menjadi suami yang adil mengikut acuan Rasulullah ianya boleh menjadi satu bencana di dalam rumahtangga.

Penulis Jemputan - Kisah seorang madu

$
0
0
Assalamualaikum

Lepas raya nanti, Insyaallah mungkin sebulan sekali ada penulis jemputan yang akan menjadikan blog ini lebih bernyawa.

Sahabat Kak Aya ingin berkongsi rasa ..pahit manis selepas mendapat sesuatu yang "manis".

"Manis"kah perjalanan hidup beliau?

Kita tunggu terjemahan rasa hati beliau di dalam blog ini.


Review BB Cream Seqy Beauty by Blogger Farah Waheda

$
0
0
Assalamualaikum

Dah nak masuk 15 hari kita berpuasa...sekejap je kan? Semoga kita pakat pulun tingkatkan lagi amal ibadat untuk 15 terakhir ini. Insyaallah.

Namun begitu jangan lupa aspek kecantikan diri jugak ye...kena jaga .jangan sampai muka nampak kering kontang kusam macam tanah di musim kemarau..

Sekarang ni Seqy Beauty tengah buat promosi tau, rugi tak grab sebab diskaun yang diberi terlalu "gila".

Ok, sebenarnya nak share review yang di buat oleh blogger popular Farah Waheda Wahid.

Sekarang ni, semua orang teruja untuk kelihatan "flawless"... Lagi-lagi bila tonton filem Korea kannnn??? #ehhh apa kena mengena dengan filem Korea pula??? Laaaa...kan ke semua pelakon Korea kulit mereka "flawless mlawless" bagaiii... Kelihatan "flawless" itu adalah idaman setiap wanita kottt??? Siapa tak nak kelihatan "flawless" oiiiii??? He he he... Bermacam cara atau kaedah rawatan kecantikan ditawarkan untuk mendapatkan kulit wajah yang "flawless". Bermacam produk yang ada di pasaran untuk menghasilkan kulit "flawless"... Bukan nak cakap apalah... produk-produk semacam ini memang laku, sebab semua orang nak "flawless" gitchewsss... Bila dah "flawless" tak perlu susah payah nak meng-"edit" gambar guna Camera 360 semua bagai kann??? Hakak pun tak pernah "install" Camera 360 dalam "smartphone" hakak adik oiiii... Bila masanya nak edit edit bagai ni??? Hu hu hu, hidup seharian Farah sendiri dah cukup terkejar-kejar dah punnn... Inikan lagi nak edit meng-edit yer tak??? Kalau tak percaya, moh ler kita jumpa, gali "smartphone" hakak ni...tengok betul-betul ada Camera 360 ataupun tidak??? Bha ha ha... 


Ok dah dah tu membebel pasal Camera 360, sekarang ni kita bercerita tentang "flawless"... Sambung kembali: Salah satu produk yang mendapat tempat di pasaran adalah BB Cream. Memang popular BB Cream sekarang ini. 


Apa Itu BB Cream???
BB Cream adalah merupakan satu produk kecantikan yang begitu popular di ASIA. Sejarah BB Cream sebenarnya bermula sejak tahun 1960 lagi. Iaitu sewaktu krim sapu yang pertama diperkenalkan sebagai sejenis kosmetik umum. Pada mulanya ahli dermatologi menggunakannya untuk membantu pesakit pembedahan laser bagi melindungi, melembut dan membina semula kulit mereka yang sensitif itu selain memberikan perlindungan daripada parut dan kemerahan pasca pembedahan.


Kehangatan produk ini bermula pada tahun 2006 dan kebanyakan artis terutama di Korea menggunakan produk BB Cream ini bagi mencapai rupa menawan yang semulajadi. Di sinilah bermulanya "gaya hidup tanpa solekan". BB Cream juga begitu popular dengan "krim ajaib" keberkesanan memperbaiki kulit. BB Cream nyata berbeza dengan produk lain sebagai kosmetik dan untuk perawatan kulit.


Apa Kebaikan BB Cream???
Kulit akan terasa lebih halus dan lebih sihat serta bercahaya di mana setiap kali kita menggunakannya, BB Cream bekerja sebagai lapisan yang melindungi serta berfungsi sebagai pengawal minyak dan juga memberikan lembapan kepada kulit sehingga kulit menjadi sangat sihat. Selain itu, BB Cream memiliki fungsi untuk melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara yang merosakkan lingkungan sehingga menjadikan kulit tetap sihat. Kandungan dalam BB Cream membantu "regenaration" kulit dan mengecilkan pori-pori di mana lama kelamaan jika kita mengamalkan pemakaian BB Cream, kita akan merasa kulit semakin lembut dan menjadikan kulit kita kelihatan memukau.

Ada banyak jenis BB Cream di pasaran nun sanaaaa... Pilihlah nak jenama apa, jenis apa, "packaging" yang bagaimana, semua ada...tetapi dah alang-alang mengomel tentang BB Cream ni dari atas sampailah ke bawah ni haaa...Farah nak memperkenalkan kepada anda, atau mungkin juga anda telah tahu... BB Cream By SEQY Beauty. Haaaa... biasa dengar tak? biasa dengar tak? Ke tak pernah dengar atau kerling-kerling seimbas gitchewss jer... Kalau tak berapa jelas atau tak pernah dengar tentang BB Cream By SEQY Beauty nih... Meh meh meh... Farah ceritakan sedikit meh..









Mula mula sekali nak beritahu, BB Cream By SEQY Beauty ni adalah diasaskan serta dijalankan oleh blogger yang dikenali sebagai panggilan sepet @ zuhanaMesti ramai yang kenal ni kannn??? Kan kan kan??? Jadi tak perlulah Farah bercerita panjang lebar tentang pemilik perniagaan BB Cream ni yer. Yang pentingggg...sekarang hakak nak cerita tentang BB Cream by SEQY Beauty ni... 

Bagi yang mencari-cari produk BB Cream untuk kegunaan diri sendiri (mestilah pakai untuk diri sendiri dulu kan, selepas itu baru cadangkan pada kawan-kawan), ni nak habaq mai nih... BB Cream By SEQY Beauty ni sangat mudah untuk digunakan atau diaplikasi. Makanya, bagi sesiapa yang sentiasa beralasan sibuklah, tak cukup masa-lah, anak merelit lah... rasanya BB Cream By SEQY Beauty ni, tak susah kot kalau sungguh nak "flawless" tuh...Ihikss... Selepas membersihkan kulit wajah anda, dah ber"toner" segala bagai... boleh jer terus aplikasikan BB Cream By SEQY Beauty nih. 



Tak perlu nak sapu banyak-banyak oiiii sampai jadi opera Cina... hanya dengan sepam sahaja dah cukup untuk "cover" seluruh wajah. Ianya adalah sejenis krim muka yang ringan, nipis dan "NOT CAKEY" yer...itu yang penting!!! Tak cukup dengan itu, ianya mempunyai pelindung UV SPF 30 yang bagus untuk menghalang kulit kita dari menjadi lebih gelap, menghalang jeragat dan juga penuaaan. Kalau lagi banyak kita terdedah kepada sinaran UV, lagi cepatlah kulit kita jadi tua ok? Owhhh...yaaa.... Ianya juga tidak berminyak. Dan warnanya "blend in" dengan warna kulit.


Secara ringkasnya:

1. BB Cream by SEQY Beauty ini adalah merupakan produk penjagaan kulit pelbagai guna.
2. Boleh dijadikan sebagai penutup asas, pelembap, pelindung daripada sinaran UV, mengurangkan parut jerawat.
3. Mampu menyamakan tona warna kulit yang tidak sekata.
4. Mengurangkan bintik hitam.
5. Mencegah berlakunya pigmentasi.
6. Teksturnya lembut dan ringan, kita tidak terasa seperti memakai bedak punnn....
7. Sesuai untuk mereka-mereka yang gemarkan solekan ringkas dan nipis atau yang jenis suka muka tu disapu dengan 1 kosmetik jerrr... tak perlu susah-susah...oles jer BB Cream ni di wajah anda.
8. Dipek secara praktikal dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Produk keluaran Bumiputera ini sangat sesuai untuk orang Asia. Iyalah kalau dah pengasasnya orang Asia, tentulah diciptakan khusus untuk orang Asia kannn???

Kandungan BB Cream by SEQY Beauty ini adalah gabungan aqua cream, beeswax, cetyl alcohol, octyl methoxycinnamate, cyclopentasiloxane, dimenthic one, caprylic/capric triglyceride, propylene glycol, titanium dioxide, iron oxides, sodium chloride dan phenoxyethanol.

Berita baik ni pada yang sememangnya jenis tak berapa nak rajin nak tempek-tempek banyak kosmetik di muka... Farah sangatlahhhh mengesyorkan anda untuk menggunakan BB Cream by SEQY Beauty. Didatangkan di dalam 3 ton warna yang bersesuaian dengan warna kulit pengguna iaitu Tone Light (1), Tone Natural (2) dan Tone Brown (3).


Mana Nak Dapatkan??? 




E-Mel: rohayayusof73@gmail.com


What's App:
017 | 341 6762


Instagram:


COD adalah di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selayang dan Batu Caves. Harga BB Cream: RM 55 TIDAK TERMASUK KOS POS (Semenanjung Malaysia) dan RM 60 TIDAK TERMASUK KOS POS (Sabah dan Sarawak).

Corat Coret Ramadhan

$
0
0
Assalamualaikum

Esok dah 19 hari kita berpuasa. Insyaallah.

Mata dah rabak mengantuk ni tapi banyak kerja rumah belum settle..ntah tidur ntah tidak sampai pagi..kejap lagi kang dah nak kena siapkan untuk sahur, kalau tak tidur, esok mau menguap tanpa henti selama 20km perjalanan ke pejabat. Setiap pagi memang mengantuk tak tertahan..peliknya kalau hari kerja, tak ada la tidur siang sangat pun, kerja tak pernah habis kalau kat rumah.. sejujurnya kak aya bagitau , sepanjang Ramadhan kali ni, fokus kepada kerja-kerja pejabat agak terganggu sebab kebanyakkan masa asyik mengantuk je. Ishh kadang-kadang rasa rimas sebab walaupun tengah banyak kerja, tetap jugak mengantuk.

Lusa ( Selasa,7/7/20145), Kak Aya perlu temankan Ucu ke HUKM. Ada appointment jam 8 pagi...tu diaaa nak kena keluar dari rumah pukul 6.15-6.20 pagi nampak gayanya...semoga dipermudahkan segala urusan untuk pagi Selasa.

Tujuan Ucu ke HUKM adalah untuk tentukan salur darah Ucu bersesuaian atau tidak untuk dilakukan pemasangan tapak fistular pada lengan untuk tujuan dialysis. Tempoh hari doktor di HKL telah melakukan ujian dan keputusannya salur darah Ucu terlalu kecil. 

Kali ni, mencuba di HUKM pula, sekiranya keputusan yang sama , option untuk melakukan pembedahan untuk pemasangan salur pada dada akan dilakukan. Tolong doakan untuk Ucu ye.

Kos rawatan di HUKM ni agak tinggi berbanding dengan Hopital Selayang dan HKL kerana HUKM adalah semi gov. Memang terasa jugakla tang kos tu sebab Ucu bukan kakitangan kerajaan. Terkejut jugak hari tu untuk buka file kali pertama kena bayar RM53 tapi bayar je. 

Bayaran untuk ujian salur darah pada Selasa lusa adalah RM159 dan kos untuk pembedahan pemasangan fistular adalah Rm1000. ..telan air liur jugak la Ucu..ye la dalam keadaan sakit macam tu, tak kerja, memang cepatlah Ucu terasa, apa pun duit tu dah pun disediakan oleh Ucu menggunakan duit simpanan. Kami ada bantu sikit-sikit mengikut kemampuan kami 6 beradik Insyaallah tak lama lagi harapnya permohonan untuk pencen Ilat diluluskan . 

Masih mengenai Ucu, minggu lepas Ucu dan adik-adik Kak Aya berbuka di rumah Kak Aya ni...adik kak aya iaitu Ayahcik ada masak ayam percik, sayur campur . Kak Aya cuma masak nasi, goreng bihun je..meriah jugak la.

Lepas buka, Ucu ni rajin bebenor nak kemas-kemas, nak cuci pinggan segala bagai walhalnya dia tu baru je kena dialysis dan kena ambil darah sebelum berbuka tu.

Terkejut dan panik kami adik beradik bila tiba-tiba je Ucu yang datang dari arah dapur,duduk atas sofa dan terus tercungap-cungap...muka Ucu pucat tak berdarah dan peluh sekejapan je memenuhi rambut dan wajah Ucu...kami ni memang betul-betul panik. 

Alhamdulillah hampir 10 minit jugak Ucu tercungap-cungap lepas tu kembali ok. Jangan tanya la perasaan Kak Aya ketika tu...memang 1001 perasaan menerjah.. doa agar Ucu diberi kesembuhan dan panjang umur.
Keputusan ujian darah bulan lepas menunjukkan bacaan creatinine Ucu menurun daripada 1035 kepada 700. Alhamdulillah. Sekarang menunggu keputusan ujian darah minggu lepas pulak. Semoga tiada apa yang membimbangkan walaupun berat badan dia menurun kepada 38kg berbanding 42kg pada awal Ramadhan baru ni.

Kisah anak-anak Kak Aya pulak, Nadhirah dan Umar ada menyertai Kem Ramadhan di masjid tak jauh pun dari sekolah mereka dan tak jauh dari rumah jugak. Kesian jugak tengok mereka keletihan dan muka cengkung sebab memang pergi dalam keadaan kurang sihat terutamanya Umar, dia batuk teruk sebelum ke sana. Alhamdulilah mereka dapat belajar tentang banyak perkara yang bermanfaat terutamanya amalan di bulan Ramadhan.

Zahra dah 2 tahun , masih menyusu badan walaupun susu dah tak ada..susahnya nak ceraikan susu sebab dia memang tak pernah suka dengan susu tepung walaupun dah cuba macam-macam cara.

Sejak masuk 2 tahun ni, mengada dia lebih sikit...memang kena banyak sabar nak layan kerenah dia.

Alamak dah pukul 2.10 pagi dah.....

Cerita mengenai Ramadhan ni...tahun ni hampir setiap hari beli di Bazar Ramadhan..beli dari kedai yang sama je. Sahur pulak setiap hari ada je yang Kak Aya masak...masakan ringkas je.

Kadang-kadang datang terimbau kenangan Ramadhan ketika bersama adik-adik di kampung satu masa dulu..rindu sangat-sangat. Setiap petang mesti masak 2 jenis kuih,2 jenis lauk ..memang tak ada beli-beli .Adik beradik 6 orang , mesti kena masak banyak untuk setiap jenis kuih. Tak pernah tak habis , tak cukup lagi ada. 

Kami 6 beradik selalu bergilir menghidang, membeli ais ketul, menyediakan air, mencuci pinggan mangkuk dan mengemas dapur. Lepas buka , selalu buat aktiviti sendiri . Time sahur memang perit sikit sebab tugas kak Aya untuk kejutkan adik-adik..Fuhhh sangat mencabar...dan sekarang ni masih lagi memikul tugasan itu.

Baju raya untuk tahun ni belum siap..agak lambat tahun ni...Jubah dan Baju Melayu tempah je di kedai D'Masyhur Bandar Baru Selayang...hmm ada cerita sebenarnya..cerita tak puas hati tang jubah yang ditempah. Semua tak mengikut seperti yang dipersetujui ketika sesi mengambil ukuran.Tempah 3 jubah untuk 3 orang. Hmmm tadi ada staff mereka called bagitau boleh datang tengok esok sebab dah siap betulkan seperti yang kami inginkan..ok kita tengok esok..kalau tak ok jugak,baru kita share kat sini.

Apa lagi nak share ni sebelum baring jap...

Haa nak bagitau, tahun ni patutnya giliran beraya dulu di Terengganu. Tapi kak aya buat keputusan untuk beralah balik beraya dulu di Tampin memandangkan raya kali ni suasana di rumah mak mertua masih di dalam suasana bersedih atas kehilangan abah mertua kak aya yang meninggal 14/5/2015 baru ni. Memahami perasaan suami yang tentunya ingin bersama ibu dan kakaknya di pagi raya , takpe la kita bertolak ansur.
Cuma tipu la tak sedih kan hi hi.....tak kisah la janji suami dan anak-anak happy, raya kat mana-mana pun sama je..( lap air mata)

Ok la panjang sangat dah ni..ntah ada ntah tidak yang sudi baca daripada ayat pertama hingga ke noktah terakhir ni,tak tau la.

Selamat menjalani ibadah puasa ye.

2.22 pagi
19 Ramadhan.





TESTIMONI SAKURA MASK SEQY BEAUTY- Luka Kemalangan

$
0
0
Assalamualaikum

Nak share testimoni untuk Sakura Mask Seqy Beauty. Ini Kak Aya ambik dari blog Sepet@pengasas Seqy Beauty.

*********************************************************************************

Aku pernah cerita yang adik ipar aku yang bongsu tu excident, hari pertama tu memang kesian la tengok, lengan, jari, lutut, semua berdarah. Kesan calar tu punyalah besar. Masa berbuka tu kitorang tengah makan, darah dia mengalir tik tik tik. Aku tengok pun dah rasa ngilu-ngilu. Apatah lagi dia sendiri yang rasa. 

So malam tu dia ikut kitorang balik rumah, kat rumah aku ada first aid. Cuci-cuci tepi luka, kulit-kulit yang ada darah kering. Pakai alcohol swab, pun dia dah ter aduh aduh. Belum lagi cuci kat tempat luka. Huhu! Oh lupa, lepas excident tu dia memang dah gi klinik. Dah sapu untuk matikan kuman semua. So yang datang rumah aku ni sebab nak bagi Sakura Mask lah.



Memula nak letak tu, Cepul cam seriau-seriau je, mana tak seriau. Nak letak kat daging kot. Huhu! Belum letak dah terasa pedih. Kalau aku dah nangis dulu kot. 

Sakura Mask ni memang sejuk ye, tapi sejuk kalau kena kulit. Kalau kena daging opkos la pedih melampau-lampau. Daging wei, haha! Kita luka sikit, angin sepoi-sepoi bahasa lalu kena luka kita pun kita terasa cam ngilu kan. Inikan pulak nak sapu gel. 

Tapi nak buat macam mana, kena jugak sapu. Aku pesan dengan Cepul, sekarang ni la elok kalau nak sapu. Sebab sel-sel masih aktif lagi. Sok sok kulit tu dah kering, banyak sel dah mati, susah sikit lah kulit tu nak tumbuh balik. Eh korang paham tak apa aku cuba sampaikan ni. Hihi!


Setelah 10 hari sapu secara konsisten, 2 kali sehari. See the result. Amazing WOW WOW WOW! haha! Overnya.


 Ini bru 10 hari tau. Cepul kata kulit tu dah keras, so dia buang sendiri. 

Ish, selalunya kalau luka-luka macam ni, lama jugaklah nak elok. Huhu! Kesian abang sado kita.


Banyak dah pulih ni, nanti kalau lengan dia dah bertambah baik, aku update lagi kat sini k.

So uolls, Sakura Mask Seqy Beauty, bukan je untuk kulit muka. Sakura Mask ni multifunctional gel. Ruam bayi boleh, gatal-gatal boleh, jerawat boleh, kulit kering boleh, luka excident boleh, parut boleh, kulit terbakar pun boleh. Tinggal korang nak beli je. Eh. Haha!

Contact Kak Aya
017-3416762

TESTIMONI SKINCARE SEQYBEAUTY

$
0
0
Satu lagi testimoni untuk malam ni ye...


Nampak jelas kan perbezaan sebelum dan selepas menggunakan Skincare Set Seqy Beauty ni.

Satu set tu ada 4 items:

1. Cleanser
2. Toner
3. Serum
4. Day & Night Cream

Harga rm130 untuk Semenanjung Malaysia.

Boleh contact Kak Aya ye 0173416762.

Happy Birthday Nadhirah Yasmeen Fahmee

$
0
0
Assalamualaikum

Kak Aya rasa macam dah lama gila tak update mengenai anak-anak..bukan mengenai anak-anak je, memang jenis jarang nak update hi hi.

Saja malam ni tidur lambat sikit..siang tadi MC, demam..lamanya tak demam...kak aya memang jenis jarang sangat demam, Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan yang baik .

Ok, memang entry ni khas untuk anak dara kesayangan Kak Aya...

Sebelum tu, kita up dulu gambar - gambar birthday girl kita yang memang hantu selfie..ni gambar masa dia berusia 3 tahun..







Nadhirah dilahirkan pada 5/8/2013 jam 2.01 pagi Selasa. Melalui sakit nak bersalinkan Nadhirah yang amat panjang..sehari semalam..banyak kenangan sepanjang tempoh sakit nak bersalin dan selepas bersalinkan Nadhirah, masih kekal dalam memori..Insyaallah nanti nak buat entry mengenainya.

Nadhirah seorang anak yang tidak banyak kerenah ( tapi dah besar ni dah terasa sikit akan "kerenahnya").Dia selalunya akan cepat terlena bila masuk kereta waima hanya nak ke kedai area rumah..Kalau kita bagi mainan, dia akan main je , kita boleh siapkan semua kerja rumah..dia tak akan kacau langsung. Dia tak pandai nak conteng dinding ( kedua-dua adiknya sangat mahir menconteng dinding).

Dia suka menulis diary seawal 5 tahun lagi..kalau dulu setakat menulis "hari ni saya makan nasi goreng mama saya" tapi sekarang ni  dah berubah ayat dan frasanya sesuai la dengan budak remaja baru nak up tu.

Dia kesayangan semua orang kerana statusnya yang PERTAMA...anak pertama, cucu pertama, cicit pertama,anak buah pertama..

Usia 4 tahun - kali pertama buat persembahan untuk tadika
Birthday Nadhirah yang ke 7 tahun 



Masa ni baru darjah 1





Tahun ni tahun UPSR..memang nampak dia berusaha sangat bersungguh-sungguh walaupun ada waktunya terleka ..ada waktunya mama dia terlebih risau bila melihat dia bersungguh mengadap RUNNING MAN setiap petang Sabtu. Alhamdulillah trial UPSR baru2 ni dia mendapat 5A.

Memang banyak kalau nak dihitung tentang Nadhirah. ni...kena tunggu birthday tahun depan utk sambung, sekiranya dipanjangkan usia.

Kakak , mama sentiasa doakan kakak menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat, anak yang taat kepada perintah Allah, anak yang cintakan Solat dan AL Quran..anak yang sentiasa berakhlak mulia walaupun dimana kedudukan kakak, anak yang sentiasa menghormati kedua orang tua dan juga orang, anak yang menjadi contoh kepada adik-adik. Amiin.




*** suka gayakan macam-macam stail tudung...kadang-kadang naik bosan menunggu dia bersiap...hanya lama tang pakai tudung.










Ceritera Seorang Madu

$
0
0
Assalamualaikum, 

Entry pertama sebagai penulis tamu di blog Naura ni.

Menulis sekadar untuk meluahkan rasa

Tapi sebaik mungkin untuk 'tapis' rasa tu
tak semua lulus unuk perkongsian secara umum

tak pandai mengarang pun

Tiada syarat untuk tulisan ini..panjang pendek,

sebulan sekali, seminggu sekali atau hari-hari atau tidak langsung?

oh tiada langsung tu , no no..marah pulak kang kak aya 

Untuk yang pertama , selalu kena ringkas je kan. 

Pengenalan la katakan. 

Nak cerita apa ek? 

Ok, kita cerita tentang diri sendiri. 

Panggil Kak Hani je, umur 45 ,

tempoh perkahwinan menghampiri 25 tahun, 
tempoh 'berkongsi' hampir 15 tahun. 
Mempunyai sepasang cahayamata perempuan,

seorang baru saja menerima Ijazah, seorang lagi akan menduduki SPM tahun ni. 

Berkerja sebagai Pegawai di sebuah syarikat swasta. Lulusan SPM . 

Orang 'di sana' lulusan Ijazah Teknologi Maklumat. 

10 tahun lebih muda . 

Kak Hani dan suami sebaya. 

Apa lagi ye? 

Sangat gembira saat ini kerana anak-anak dah besar, 

kerjaya pun dah stabil , 
masa bersama anak-anak adalah masa emas kami. 

Suami agak sibuk dengan anak-anak kecik di rumah "sana". 

Kak Hani mendapat tau diri mempunyai  "rakan kongsi" selepas hampir setahun dikongsikan. 

Hmmm perasaan ketika itu? 

Jumpa di entry akan datang ye. 

Sekian 

TESIMONI SKINCARE SET by SEQYBEAUTY

$
0
0
Assalamualaikum,

Dalam kesenduan blog ni, tak ubah macam kereta kehabisan minyak, Kak Aya kena paksa diri untuk update jugak.

Nak berjaya di dalam bisnes ni bukan perkara mudah...mungkin pada sesetengah orang tidak la sesukar mana tetapi bagi kak aya, amat mencabar sekali.

Setakat ni hasil bisnes kak aya setiap bulan belum mencapai tahap memuaskan....pastinya usaha sangat biasa-biasa sebab tu la hasil pun biasa-biasa je..

Kalau takat biasa-biasa je mana mungkin kak aya dapat berenti kerja dan fokus pada bisnes online je?Memang tak mungkin la jawapannya.

Kak Aya sedang belajar untuk lebih positif ..positif untuk promote produk yang kak aya jual, positif untuk bertemu customer untuk COD, kadang-kadang kalau jauh sikit, terus rasa macam tak yakin je untuk drive ke tempat customer...dan macam-macam alasan lagi la..memang kena ubah.

Satu yang tak bagus tentang kak aya adalah salah meletakkan harapan..contoh bila kak aya bayar untuk paid review kepada blogger, kak aya harapkan respons yang begitu cepat..ini memang kena ubah...kadang-kadang tak ada sebarang sales pun ...tapi sebenarnya salah kak aya meletakkan harapan sebegitu...

Selain tu..kak aya masih belum mahir merancang dan mengurus masa..masa untuk bisnes dan untuk keluarga selalunya bertembung dan untuk bisnes selalunya ambik masa untuk keluarga..dan ada waktunya langsung tak bagi masa untuk bisnes bila terlalu busy dengan urusan rumahtangga.

Ok, sebenarnya nak share testimoni untuk produk terbaru Seqy Beauty, Skincare Set.

Produk ni memang terbaik sebab:
*TIDAK MENGELUPAS
*TIDAK PEDIH
*TIDAK TERBAKAR
*TIDAK PUTIH DALAM MASA TERDEKAT
*NO HYDROQUINONE
*NO MERCURY 





















NAK ORDER BOLEH CONTACT KAK AYA YE 0173416762

KAK AYA BUAT COD UNTUK AREA KL,BATU CAVES, SELURUH KAWASAN SELAYANG,BANDAR BARU SELAYANG, ULU YAM , GOMBAK

POS KE SELURUH MALAYSIA SETIAP HARI.


Viewing all 440 articles
Browse latest View live