Quantcast
Channel: Blog Kak Aya
Viewing all 440 articles
Browse latest View live

Entry Pemanas

$
0
0
Assalamualaikum

Dah lama tak tayang muka kami anak beranak di blog ni...sebagai pemanas kepada impian untuk sentiasa update entry, kita tunjuk wajah terkini kami.

Gambar pertama kat bawah tu, Kak Aya bersama dengan anak dara yang dah mencecah 12 tahun usianya...tahun ni ambik UPSR..

Dia dah potong ketinggian Kak Aya yang memang tak cukup layak pun untuk dikatakan tinggi.







Gambar bawah ni pulak Kak Aya bersama anak bongsu..hi hi anak bongsu la sangat kan.

Hampir 2 tahun usia si cilik ni.



Yang bawah ni, satunya anak bujang..darjah 3 dah...


Satu lagi gambar si bongsu Kak Aya.


Ok kita tunjuk gambar je dulu untuk permulaan ni, lepas ni baru disusuli dengan cerita.

Terima kasih sudi datang.

Di sebalik nama NAURA

$
0
0
Assalammualaikum

Malam ni nak cerita tentang nama baru blog Kak Aya ni..

Sebelum ni guna macam-macam nama..ikut sedap rasa je.

Kak Aya memang jenis cepat jemu kalau lama sangat dengan keadaan gitu je.

Template pun berubah ntah berapa kali.

Ni paling terbaru dan harapnya biar la lama sikit begini.

Sebenarnya anak-anak pun sibuk menanya,apa NAURA tuu maaa...

Ok, mai sini semua rapat ke depan sikit nak bisik.

Sebenarnya NAURA tu adalah kependekkan nama anak-anak.

NA - Nadhirah
U - Umar
RA- Zahra.

Ok tu je pun maksudnya...saja nak rasa lebih lebih lebih dekat lagi dengan anak-anak.

Mereka ni la kekuatan Kak Aya.

Mereka ni jugak la selalu menjadi tempat terlepas rasa kurang sabar...namun bila melihat je wajah mereka hati kembali sejuk.

Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan nikmat dan anugerah tak ternilai ini.


kali pertama mencuba ber shawl..hmm tak menjadi ...tak pandai..
Gambar kat atas tu masa kami melawat Muzium Losong, di Terengganu.

Nanti Kak Aya update cerita ketika melawat Muzium ni.

Itu la cerita asal usul nama NAURA.



FANPAGE NAURA

$
0
0
Assalamualaikum,

Sahabat semua, saya telah pun memiliki satu fanpage untuk jualan tudung aidijuma dan selimut tampal.

Mohon like ye kepada yang sudi.

Terima kasih banyak-banyak.



KLIK SINI UNTUK LIKE YA!

Dihambat waktu

$
0
0
Assalamualaikum

Alhamdulillah ada kekuatan untuk update entry hari ni.

Waktu rehat di pejabat.Percubaan pertama taip entry guna hanphone yang tk begitu 'smart'.

Sila pejam pejam mata dengan typo error ye..

Apa yang nak dikongsikan adalah betapa sejak setahun ni Kak Aya terasa seperti dihambat waktu.

Pernah mendengar tazkirah di pejabat , seorang ustaz jemputan menerangkan salah satu tanda tiada keberkatan di dalam kehidupan bila mana kita terasa masa terlalu singkat. Ya itulah yang Kak Aya rasakan sejak setahun kebelakangan ini.

Memang sedang muhasabah diri mencari punca kenapa sekarang mula terasa seperti dihambat waktu sedangkan rutin semua ni adalah sama je sejak dulu. Kadang- kadang macam pelik sebab terasa baru siap satu perkara pada waktu malam dah sampai waktu untuk tidur. Siangnya pulak terkejar- kejar untuk rutin siang dan kembali tiba waktu malam.

Ada waktunya terasa sangat takut. Andainya tak sempat nak lebihkan amal yang boleh memberi keselesaan di 'rumah abadi ' nanti dek kerana terlalu sibuk dengan rutin duniawi.

Ada tak orang lain berperasaan sama macam Kak Aya? Memasukki fasa usia 40 an ni memang banyak kesedaran tentang kehidupan yang sebenarnya.

Maksudnya banyak terfikir tentang dosa lalu dosa yang sentiasa dilakukan dalam sedar tanpa sesar..banyak lagu la yang terfikir. Agaknya semua ni seiring dengan kematangan usia.

Kak aya tak tau macam mana nak arrange masa sebaiknya agar rutin duniaei dan akhirat seimbang. Ada yang boleh bagi idea atau pandangan?

Senarai Peserta Contest Blog Naura

$
0
0
Assalamualaikum

Alhamdulillah contest dah pun berakhir dan ni la mereka yang menyertai contest tu..tak ramai tapi cukup untuk menggirangkan hati Kak Aya sebab blog ni pun baru nak timbul, ada seramai ni yang menyertai dah cukup untuk lompat bintang.***dalam mimpi je la sebab nak jalan laju daripada biasa pun dah mengah ini kan nak lompat bagai..ok memang nak diet pun! Azam lapuk tak perlu percaya.

Ni perserta yang bertuah ye...bertuah sebab memang confirm menang hadiah...cuma hadiah apa yang bakal mereka terima belum dapat dipastikan sebab belum cabut undi lagi....Kak Aya and the geng dalam rumah ni akan cabut undi..jangan risau sebab dapat hadiah menarik ye!

1. DIANA
2.YUI
3.ANA
4.AZMAN
5.ELYA
6.SHYUE
7.MRSRONGOKS
8.JENDELAHATI

Ok terima kasih ye sayang-sayangku...Kak Aya dah baca entry mereka yang menyertai..hmmm majoriti nak baca tentang personal life Kak Aya....sebenarnya kehidupan Kak Aya biasa-biasa -biasa sangat..tak ada apa yang best tertarik menarik tapi apa yang boleh dan mampu di kongsikan akan Kak Aya kongsikan.

Pemenang akan diumumkan esok malam , Insyaallah.

Terima kasih sekali lagi daripada Kak Aya.

Sayang anda semua pembaca blog ini.



TERMINAL BAS BERSEPADU SELATAN

$
0
0
Assalamualaikum,

Nak cerita Kak Aya ni tak naik bas ekspress dah lebih 15 tahun..sebelum tu memang bas ekspress la kenderaan yang tolong berkhidmat tiap kali nak balik kampung dan dari kampung nak datang ke KL ni..

Teruk tak teruk Kak Aya ni bila tak tau pun yang Hentian Putra tu tak digunakan lagi sebagai terminal bas untuk perjalanan dari dan ke Pantai Timur.

Baru je lagi tau nya...itu pun tau sebab adik dari kampung datang sini untuk ambik turn jaga Ucu. Dia cakap tak boleh turun di Greenwood atau Hentian Putra lagi dah..kena turun di TBS.

Tercengang kejap kakak dia.

Kejap je la tercengangnya sebab kita tau kalau dah pindah mesti banyak kemudahan yang disediakan untuk orang ramai. ...confirm-confirm ada LRT ni..kata hati ku.

Ok lepas dah korek sana sini tanya orang tu orang ni....jelas la memang ada Komuter, LRT Star dan ERL KLIA Transit.

Yang Klia Transit tu tak ada kena mengena dengan adik Kak Aya , jadi tak payah fikir.

Komuter pulak ok jugak sebab boleh turun terus di stesyen Batu Caves tapi kata adik Kak Aya lagi sorang,kita kena turun dan tukar train untuk ke Batu Caves...ok ni macam tak begitu ok untuk mereka yang kali pertama nak menghadapinya.

Kita akan cuba bagi pilihan paling mudah bagi dia...Star LRT..naik dari TBS turun last stesyen iaitu Sentul Timur.

Ok, pendekkan cerita, perjalanan hari tu berakhir dengan adik Kak Aya selamat sampai rumah Kak Aya dengan selamat.

Tapi ada cerita sampingan yang terjadi sepanjang di TBS...itu lain kali cerita, bila teringat hi hi.

Ok itu kisah dia datang sini.

Lepas 2 minggu di sini ,semalam dia balik semula ke kampung...lama tu ambik unpaid , 2 minggu la Ayohngoh tak bergaji nanti ye...rindu awek lagi..jadi cukup 2 minggu,Ayohngoh terus beli tiket...beli di kaunter tiket di Greenwood.. ...harapan adik Kak Aya tu biarlah tak perlu ke TBS,boleh tunggu di Greenwood je walaupun dia dah maklum bas takkan berenti di Greenwood lagi dah.

Memang sah tak boleh naik bas di Greenwood..suka tak suka wajib ke TBS. ..pagi semalam sekitar jam 9 pagi kami sampai di Stesyen LRT Sentul Timur..parked kereta di situ, RM3 untuk bayaran parking..tak kira berapa jam, bayar je RM3.

Ambik tiket ke TBS , RM2.80 seorang dari Sentul Timur..lebih kurang 35 minit sampai di Stesyen Bandar Tasik Selatan...

Wah teruja Kak Aya tengok TBS ni..Stesyen LRT disambungkan terus ke TBS..jalan kaki dalam 3 minit kot dah sampai kaunter tiket bas. Oleh kerana adik Kak Aya dah ada tiket, kita terus ke kaunter untuk dapatkan boarding pass...kat situ kena bagi IC untuk petugas kaunter masukkan data mengenai pemilik tiket tu. 

Petugas kaunter tu akan tukarkan tiket tadi dengan boarding pass...pada pass tu ada dinyatakan perlu ke gate no berapa.

Nampak macam nak naik flight aja....

Besar jugak TBS ni...ada pelbagai kemudahan untuk orang ramai...ada ATM, foodcourt, surau..

Itu antara yang sempat Kak Aya perhatikan pusing-pusing kepala...maaflah segan nak ambik gambar...ini masalah Kak Aya ..susah benar nak ambik gambar...macam segan bila ada orang tengok.

Secara peribadi dan secara pentingkan diri sendiri hi hi , Kak Aya rasa lebih suka kalau bas dapat turunkan penumpang dan pick up penumpang di Greenwood seperti sebelum ni...ye la sebab dah dekat sangat Greenwood tu dengan rumah.

Secara am nya, memang TBS ni lebih selesa dan banyak kemudahan untuk orang ramai berbanding dengan Hentian Putra yang sempit .

Memang ada plan nak bawak anak-anak naik bas ekspress untuk pulang ke Terengganu..kesian anak-anak tak pernah naik bas...kita dulu kesian sebab tak pernah naik kereta!

Insyaallah cuti sekolah akan datang.

Keputusan Contest Blog NAURA

$
0
0
Assalamualaikum,

Lambat sikit nak umumkan pemenang, biasalah kalau ada anak kecik memang kita kena tumpu kat dia je la..

Memang tak mungkin la nak on pc depan dia..Zahra ni paling suka dengan mouse....pantang lepa , laju je tangan dia tu nak kerja kan mouse, bagi mouse hidup baru tau ! he he jahat mama ye.

Malam dah nak menginjak ke pagi dah ni..baik segerakan pengumuman pemenang.

Anak-anak Kak Aya yang cabut undi..

So meh kita tengok, siapa dapat apa..

BB Cream SQB  
Peserta No 4  - Azman

Cleanser SQB
Perserta No 7 - Mrsrongoks

Tudung Aidijuma
Peserta No 1 - Diana

Tudung Aidijuma
Peserta No 3 - ADNA

Naelofar Hijab
Peserta no 8 - ZAI

Shawl Chiffon
Peserta No 2 - YUI

Shawl Chiffon
Peserta No 5 - ELYA 

Selimut Tampal
Peserta No 6 - SHYUE

Tahniah kepada pemenang.

Kak Aya nak mintak pemenang-pemenang kita ni emailkan alamat untuk penghantaran ye!
Lambat bagi alamat lambat la dapat pos hadiah..lambat pos lambat la terima hadiahnya tu.

Emailkan kepada rohayayusof73@gmail.com

Tahniah sekali lagi!


Penghantaran Hadiah Pemenang Contest Blog Naura

$
0
0
Assalamualaikum,

Kak Aya nak bagitau kepada semua pemenang contest baru-baru ni, kesemua hadiah akan diposkan selewatnya Ahad ni 5/4/2015. Insyaallah.

Kalut sikit kerana ada beberapa perkara peribadi perlu diselesaikan.

Alamat pemenang dah ada. Hadiah dah ada.

Belum bungkus lagi.

Insyaallah dah pos, Kak Aya bagitau ye.



Memori Semalam - PART 1

$
0
0
Assalamualaikum,

Banyak hari tak dapat update, busy dengan kerja ofis yang tak pernah ada penghujugnya..biasalah kan, tu periuk nasi kita, kena la lakukan dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab.

Ni curi masa untuk berblog sementara Zahra sedang melayan cerita Upin Ipin , dapat lah taip beberapa perenggan.

Untuk siapkan satu enty boleh memakan masa berjam-jam untuk disiapkan. Anak dara tu akan menyibuk nak pegang mouse bila on pc.

******************************************************************************************

Entry bersambung lagi lepas Zahra tidur..baru senang nak menaip.

Cadangnya hari ni nak cerita tentang kisah-kisah masa dulu-dulu..kisah mana-mana yang datang dalam ingatan untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan untuk tatapan anak cucu di masa depan..dan mereka yang sudi datang menjengah ke sini....ada sesetengahnya dah pernah cerita pun sebelum ni...pejam mata je la ye.

Kak Aya ni lahir daripada keluarga yang sangat sederhana..nak kata susah tu tak la susah sangat,senang pun tidak ..serba serbi sederhana.

Arwah ayah kerja macam-macam..mula-mula kerja sebagai nelayan di Mersing, lepas bekerja di pelantar minyak..2 minggu di darat dan 2 minggu lagi di laut..tak lama kat situ, kerja sebagai penjual ikan..time ni best sebab dapat makan ikan , udang, sotong yang fresh setiap hari. Last ayah kerja sebagai kelindan lori balak .

Kami semua ni tinggal serumah dengan tok dan tok ayah ( keduanya dah arwah, ALFATIHAH).

Tak banyak yang masih tersimpan dalam ingatan babak-babak kehidupan sebelum bersekolah dulu, ada tak ada ingatan tentang keseronokan bila ayah belikan lampu gasolin ( org Terengganu panggil lampu spirit), menjelang malam ayah akan nyalakan lampu tu dan rumah akan terang benderang...rasa satu keseronokan yg amat sangat bila dapat cahaya.

Keseronokan berganda bila selepas tu bila kampung dah mula ada letrik, ayah belikan TV , hitam putih je tapi tahan lama berpuluh tahun..TV yang ada pintu buka tutup tu.

Tahun 1980, Kak Aya mula masuk darjah 1..dah lama kan? Seminggu ayah menunggu sepanjang hari di sekolah..hi hi buat malu kat anak-anak je ..lepas habis seminggu ayah tunggu sampai loceng berbunyi je, lepas tu dia cabut balik la...

Bila ayah cakap - "ayah balik dulu ye?"
Laju mengangguk, tak berani weh nak geleng, arwahnya tegas bab-bab sekolah ni.

Ayah melangkah je, airmata berjejeran....begitu  la setiap hari sehinggalah airmata dah kering kot barulah tak menangis dah.

Sejak airmata dah kering, kehidupan di sekolah amatlah membahagiakan hihi...

Kak Aya ada 5 adik ..1 perempuan dan 4 lelaki..agak rapat jugak la jaraknya menjadikan Kak Aya ni kakak yang paling sibuk antara rakan sebaya.

Dalam usia 12 tahun, peranan sebagai seorang kakak dah hampir sama macam peranan seorang ibu..ada waktunya rasa macam nak protes...sebab nak kemana je mesti bawak sorang dua talibarut sebagai peneman..terasa leceh la...menyusahkanla...macam-macam la..biasalah budak baru nak up..up la sangat kan?

Usia 13 tahun, Tingkatan 1..masuk sekolah berasrama..sekali lagi hidup dihujani airmata..kali ni banyak pulak airmata dalam kolam tadahan..berbulan-bulan menangis pun tak kering-kering...memang tiap kali nak ke asrama, menangis bersungguh-sungguh...sampai naik tingkatan 3 pun tak berubah-ubah..asal sampai asrama petang Sabtu, haa mula la drama airmata dalam dorm..

Kak Aya berada di asrama hingga penghujung Tingkatan 4 je...ketika cuti sekolah akhir tahun, ayah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan meninggalkan kami untuk selamanya. Tragedi berlaku pada 24 Nov 1989 kekal terpahat dalam ingatan, masih basah lagi ni...

Pagi Jumaat, 24 Nov 1989..ayah membawa pulang ikan keli, dia dapat daripada kawan..pastinya tok akan masakkan lauk kegemaran ayah, kari ikan keli...tok yang selalu jadi chef kat rumah tu, mak hanya sebagai pembantu chef. Ini adalah kerana tok sangat cerewet orangnya tentang masakan..so itu memang kerja dia la..

Tengah hari Jumaat, 24 Nov 1989, kami makan bersama...hari ni ada gurauan antara kami..sebenarnya kami jarang bergurau dengan ayah...betul, memang sangat jarang sekali bergurau....kalau dia ada di rmah kami lebih senang bercakap secara perlahan-lahan, berjalan ayu gemalai sebab tak nak bagi berbunyi..tau je la rumah kampung kan rumah papan...jalan kuat sikit berbunyi-bunyi la lantai..ayah pulak kerja kelindan lori balak time tu..hari cuti adalah hari untuk dia berehat.

Berbalik kepada kisah dihari kemalangan itu, ketika sedang makan tengah hari tu, jiran sebelah rumah datang rumah ( dia ada datang sebelum tu untuk pinjam motorsikal ayah)..dia bagitau motor ayah tu tiba-tiba tak hidup pulak...dia mintak ayah datang tengok , kejadian tu di kampung sebelah.

Dah siap makan ayah pun turun, memakai kain batik bertanah merah.( memang orang lelaki sebelah Pantai Timur lebih kerap memakai kain batik berbanding pelikat), mak menegur gaya ayah berjalan, katanya ayah kamu tu berjalan  pincang pulak dah..ntah la pincang macam mana, Kak Aya tak hirau pun komen mak tu.

Rasanya tak la lama sangat daripada tempoh ayah turun, datang pulak sedara tergopoh gapah..

"Jusoh berlanggor, mati doh agoknya"

Itu perkhabaran yang sangat pedih..tanpa berlapik, ayat yang betul-betul jelas.

Punya la mak terkejut, lemah longlai dia jatuh melorot.

Memang mak tak begitu sihat dah beberapa bulan.

Sebagai anak sulong, pastinya Kak Aya mesti kuat sekalipun hati serenyuk tisu basah...memang tarikh tu adalah permulaan sebuah kehidupan ..satu perjalanan yang sangat jauh.

Ok baru perasan dah panjang sangat dah ni...nanti jadi cerpen pulak..kita sambung lagi ...Insyaallah.






Emosi pesakit kegagalan buah pinggang

$
0
0
Assalamualaikum,

Kak Aya nak bagitau hadiah untuk pemenang contest baru diposkan hampir 8 mlm tadi menggunakan pos domestik..harap bersabar menunggu ye.

Kak Aya nak share sikit apa yang dilalui Ucu..dah genap sebulan Ucu disahkan mengalami kegagalan buah pinggang diperingkat akhir.

Bacaan creatinine adalah 1500 sebulan yang lepas, belum check darah lagi untuk melihat jumlah creatinine sekarang.

Sejak mengetahui masalah kegagalan buah pinggang itu, Ucu memang kelihatan depress namun dia cuba mengawalnya..Kak Aya tau Ucu kuat semangat orangnya, beliau seorang yang sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah, pasti ujian ini cuba dilaluinya dengan penuh keredhaan.

Kak Aya kesian melihat keadaan dia setiap kali dialisis, selalunya dia hampir pitam, berat badan sentiasa turun, selera sangat kurang, badan dah kurus melidi.

Emosi Ucu turun naik..ada waktunya sangat positif, ada waktunya macam patah harapan, namun kami semua sentiasa memberi dorongan semampu kami. 

Penghujung sebuah kehidupan ini adalah kematian. Itu pasti. Samada pesakit buah pinggang atau pun seorang yang sihat segar bugar pasti menemui kematian. Tidak dapat disangkal.

Memang Ucu tau itu..tapi perasaan memang sukar untuk dipujuk dan ditenangkan, kalau Kak Aya yang melaluinya ntah macam mana pun tak tau la...mohon jangan lah diuji dengan ujian yang berat.

Yakin lah, Allah hanya menguji mengikut kemampuan hambaNYA.

Kini, Kak Aya sekeluarga sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana yang positif jadi tidak la Ucu terasa down je..

Ucu turut mengamalkan meminum segelas air Arabic Gum, sekadar salah satu ikhtiar.

Cuaca panas meletup sekarang ni, Ucu sama seperti pesakit buah pinggang yang lain jugak hanya dibenarkan meminum 500ml air je setiap hari.

Diet Ucu pun bertukar hampir 360 darjah, kesudahannya berat menurun setiap minggu. kini sedang mencari info tentang pemakanan yang terbaik untuk pesakit buah pinggang seperti Ucu.

Ada sesiapa yang ada pengalaman untuk berkongsi diruangan komen, amatlah Kak Aya alu-alukan.

Memori Semalam - Part 2

$
0
0
Assalamualaikum,

Kak Aya nak sambung lagi kisah yang tertangguh 2 hari lepas. Kisah perjalanan hidup menjadi anak yatim.

Selepas mendengar perkhabaran yang dibawa oleh saudara tentang kemalangan ayah, Kak Aya mengikut jiran terus ke Hospital Besar Kuala Terengganu ( Kini Hospital Tuanku Zahirah). Sesampai je di hospital, ramai saudara mara ayah berkumpul di luar Wad Kecemasan. Ayah memang mempunyai saudara mara yang sangat ramai.

Sayunya  hati Kak Aya ketika itu...kosong perasaan.. melihat pemandu ambulan membersihkan ambulan yang dipenuhi darah ayah diruang dalam ambulan hati seperti hancur retak seribu.selepas tu terdengar nurse memanggil waris.. Kak Aya masuk ke dalam wad kecemasan dengan 1001 rasa, beberapa nurse sedang mengelap darah..ayah dah tak ada...pergi untuk selamanya.

Keluar dari wad kecemasan, semua mata memandang langkah longlai Kak Aya..hati dipagut pilu yang amat.

Kak Aya berjalan keseorangan seperti di tanah lapang tanpa sesiapa..seolah berjalan tanpa penghujungnya..perasaan yang amat kosong. Tanpa Kak Aya sedar, sKak Aya separuh meraung tiba-tiba, tetapi raungan tu tak berpanjangan setelah mata Kak Aya melihat airmata tok ayah mengalir lebat .

"ini cucu ambe ni..cucu ambe...anak arwah" tok ayah mengongoi..kali pertama sepanjang hidup saya melihat tok ayah mengongoi begitu...saya terus terdiam dan berlagak tenang.

Kami semua pulang untuk menguruskan pengebumian ayah.

2, 3 hari Kak Aya seperti di dalam dunia sendiri. .sukar nak bayangkan kehidupan tanpa seorang yang bergelar ayah kerana mak Kak Aya tidak pernah bekerja sebelum ni, tambahan pulak dia adalah masalah mild stroke sejak kecil lagi.

Dalam fikiran Kak Aya hanya terfikirkan tentang berhenti belajar, tak perlu ambil SPM, terus kerja kilang...itu pemikiran dengan akal yang pendek sebenarnya.

Bila tahun baru 1990 bermula, Kak Aya ke asrama seperti biasa tetapi emosi berbeza...sarat dengan kesedihan. 

Kak Aya redha dengan pemergian ayah.. Allah lebih menyayangi beliau tetapi Kak Aya terfikir bagaimana untuk teruskan kehidupan setelah tiada ketua keluarga.

Kurang 3 bulan kembali ke asrama, Kak Aya bertukar sekolah, balik belajar di sekolah berhampiran dengan rumah, tak hampir sangat pun, perlu naik bas, basikal atau motorsikal untuk ke sekolah. Kak Aya rasa agak terganggu emosi kerana rasa kehilangan begitu menyelubungi perasaan, sebelum ni pun asyik banjir airmata je bila kembali ke asrama,tambahan pulak ayah dah tak ada, sentiasa pecah kolam airmata ni.

Dipendekkan cerita keputusan SPM Kak Aya tak cukup bagus...keputusan untuk bertukar sekolah selepas pemergian ayah bukanlah satu tindakan yang bijak namun tidak la Kak Aya kesalkan kerana ada beberapa kebaikannya bila Kak Aya bersekolah di kampung, antaranya Kak Aya dan adik-adik semua saling berkongsi beban. Mak turut sama merasa lega kerana Kak Aya seolah menjadi kekuatan utama daripada 6 orang anaknya itu.

Tamatlah ringkasan kisah sedih dan perit 1989 dan 1990.

1991 - Kak Aya ambil lagi sekali SPM. 
1992 - Dapat tawaran melanjutkan pelajaran di Uitm,Kak Aya tolak kerana Kak Aya fikir nak bagi peluang kepada adik-adik belajar setinggi yang boleh.
1993 - Kak Aya mula kerja di Jabatan Perangkaan sebagai Pembanci Sambilan,abis kontrak pada tahun 1995.

Selepas pemergian ayah, bila tiba musim nak buka sekolah, Kak Aya dan adik-adik akan ke bandar Kuala Terengganu untuk membeli pakaian sekolah adik-adik. Bila sekolah buka, hari pertama tu, Kak Aya yang akan hantar adik-adik ke sekolah.

Begitu juga bila nak buat persiapan hari raya, Kak Aya la yang akan bawak adik-adik, naik bas pergi shopping baju raya.

Dulu tak ada sangat orang nak bagi bantuan kepada anak-anak yatim, mungkin kerana fahaman politik keluarga kami yang berbeza jadi tiada bantuan daripada pihak kerajaan yang sampai ke tangan kami.

Tapi ketika itu, kami memang tidaklah egitu mengharapkan bantuan sebab ayah ada meninggalkan duit insurans dan duit KWSP untuk kami ..cukuplah untuk biaya persekolahan dan makan ala kadar.

Tok Ayah pulak membanting tulang di sawah padi..katanya, biarlah tak ada ayah jangan tak cukup makan...dengan adanya beras kita boleh kenyang, tak akan berlapar sekali pun tak ada lauk lain. Memang kesian tengok Tok Ayah yang kurus , dah berusia lanjut tetapi perlu bekerja keras untuk menyara 6 orang anak yatim.

Ketika itu, hubungan kami adik beradik sungguh rapat..banyak sekali kenangan antara kami adik beradik disaat sukar begitu. Masih basah dalam ingatan sampai kini.

Saat terima gaji walaupun kecil saja , Kak Aya belikan nasi ayam atau apa-apa makanan yang agak lazat , makan beramai dengan adik-adik, mak, tok dan tok ayah, riuh rendah di dapur.

Pemergian ayah banyak mengajar Kak Aya tentang tanggungjawab. 

Akhir 1995, kontrak Kak Aya tak disambung lagi kerana tiada projek yang akan dijalankan dalam masa terdekat itu. Jadi pengganggur la kejap kat rumah. Ketika tu memang sentiasa berdoa agar dapat cari jalan untuk ke KL , nak tinggal dengan Ucu ...sebab tak nak kena pinang hi hi...lawak betul alasan.

1996 - Mula melangkah kaki ke kota batu, Kuala Lumpur.

Sampai jumpa lagi nanti ye..Insyaallah






Diet Pesakit Kegagalan Buah Pinggang

$
0
0
Assalamualaikum

Mula-mula nak update tentang pemenang contest baru-baru ni...hadiah semua dah diposkan beberapa hari lepas, dah ada yang selamat terima..kepada yang belum terima harap bersabar ye. Insyaallah sikit hari lagi sampai la tu.

Sekarang kerja sampingan Kak Aya bila Zahra dah tidur ialah "menggoogle" tentang pesakit buah pinggang.

Banyak jugak maklumat yang dapat digali.

Kalau ada follower Kak Aya yang ada info tentang pesakit buah pinggang dari segi penjagaan makanan, kesihatan, dialisis, rawatan alternatif, harap dapatlah kongsi ye.

Kalau malas nak komen kat bawah ni, boleh la emailkan kepada rohayayusof73@gmail.com

Terimakasih didahulukan.

Mengenai diet untuk pesakit buah pinggang ni,rasa macam agak susah sikit sebab tak dapat penjelasan yang tepat daripada doktor.

Bukan la nak kondem ke apa tapi kenyataannya macam tu la, hari terakhir masa nak keluar wad, Kak Aya ada bagitau doktor nak jumpa dia sebelum discharge, doktor cakap tunggu dia free dia akan datang ke katil...sampai sudah tak datang.

Memang kena ada inisiatif untuk bertanya dan cari dalam internet..setakat ni makcik Kak Aya memang tidak begitu berselera mungkin masih terkejut dengan keadaan sekarang tapi berbanding mula-mula hari tu selera sekarang agak ok.

Mungkin perlu ambil masa untuk kembali berselera seperti sebelum ni.

Kak Aya ada jumpa ni di blog NUDA, Kak Aya rasa ini sangat berguna dan boleh dijadikan panduan kepada makcik dan orang lain jugak.

Terima kasih ye Nuda,  Kak Aya mohon untuk share di sini.

"Apabila dah memulakan hemodialisis, ada beberapa perkara yang perlu dititikberat terutamanya pemakanan dan ubat-ubatan. 

Sekadar untuk perkongsian, saya nak ceritalah apa yang diberitahu oleh doktor dan nurse. 

1) Perlu kawal pemakanan yang mengandungi tinggi kalium (potassium) dan phosphate. Antara makanan yang tinggi potassium & phosphate ialah tomato, potato, buah-buahan berwarna kuning (mangga, oren, durian, pisang), sayur-sayur hijau, seafood. Nampak macam makanan sihat kan? Baik untuk orang sihat, tidak untuk pesakit buah pinggang. Saya juga diajar agar merendam sayur hijau barang 3 jam untuk menyingkirkan potassium daripada sayur tu. Kiranya saya makan fiber jelah.. Yelah, kalau tak makan fiber karang sembelit pulak. 

2) Pengambilan protein boleh macam biasa asalkan dari sumber yang segar bukan processed food (such as nuggets, burger, makanan dalam tin-sardin, baked bean). 
 Protein masih penting untuk menjalankan fungsinya misalnya untuk pembinaan otot dan hemoglobin. 

3) Oleh sebab saya ni ada hypertension, makanan tinggi garam, ber-MSG, kicap (makanan ruji ni.. huhuhuh), sos, mi segera, jajan memang kena elak la.. Ubat hypertension makan macam biasa kecuali kalau dekat sangat dengan masa dialisis. Misalnya selalu makan ubat pagi dan petang, tapi ada dialisis waktu pagi. Jangan makan ubat pagi sebelum dialisis tu. Selepas takpe. Sebabnya, tekanan darah boleh turun mendadak masa hemodialisis. Dah rasa dah ni.. Hypotension namanya. Tetiba rasa tak cukup oksigen, nak muntah, kebas, tak selesa, pening. Biasanya diorang suruh saya goyangkan kaki dan kalau teruk sangat diorang bagi saya oksigen. Orang dah biasa tekanan darah tinggi tak apa-apa, tetiba bila tekanan darah turun jadi 100/60 dah rasa macam nazak je. Hehehehe.

 4) Doktor juga pesan untuk jalan-jalan barang 30 minit setiap petang atau berbasikal. 

 5) Pengambilan air perlu dikawal. Kalau ikutkan sehari cuma boleh minum lebih kurang 500 mL air je. Yang ni susah nak ikut sebab saya cepat dahaga dan suka minum air. Bila tak boleh minum air saya mula stress. Tapi oleh sebab saya masih boleh kencing banyak, diorang bagi saya minum banyak sikit. Heheheh. Perlu berhati-hati juga dengan air tersembunyi seperti dalam buah-buahan dan makanan seperti bubur, puding dan jeli. 

6) Pengambilan makanan berminyak dan berlemak pun perlu dikawal sebab kalau berlebihan boleh menyumbat salur darah.. Ni diorang yang cakap.

 7) Pengambilan kalsium juga penting. Biasanya pil kalsium karbonat dikunyah bersama makanan untuk mengikat fosfat dan mengeluarkannya melalui proses penyahtinjaan. Chewah... ilmiah gile bunyinya. Ada sorang TA kat pusat dialisis tu kata, kalau tak amik pil kalsium nanti saya jadi makin pendek. Erk! Fosfat berlebihan boleh menyebabkan masalah pada sendi dan tulang. Walaupun begitu, sumber tenusu tak boleh walaupun kaya kalsium. "

Ok, ini info sangat berguna , terimakasih banyak-banyak NUDA..ada sesiapa yang nak share boleh share di ruangan komen atau pun emel kepada rohayayusof73@gmail.com

SAKURA MASK BY SEQY BEAUTY

$
0
0
Assalamualaikum,

Hari ni kita bagi laluan kepada promo bisnes.

Kak Aya baru je restock untuk BB Cream, Cleanser dan Sakura Mask. Sebelum ni stop kejap sebab nak settlekan beberapa urusan berkaitan dengan kos rawatan dialisis makcik Kak Aya..banyak benda yang perlu diselesaikan dan sekarang menunggu respons dari pihak Zakat Selangor dan jugak Perkeso. Buat masa ni kos rawatan ditanggung sendiri.Doakan la agar makcik dapat bantuan dari pihak Zakat Selangor dan Perkeso dalam masa terdekat ni. Sebelum ni Kak Aya memang tak pernah tau pihak Kerajaan tidak menyediakan kemudahan dialisis kepada pesakit yang tidak berkemampuan. Patut lah ramai yang pasrah begitu je.

Ok, rasanya dah ramai yang tau betapa bestnya BB cream dan Cleanser by Seqy Beauty ni...kalau tak,masakan stok laris macam pisang goreng yang baru di angkat daripada kuali.

Sekarang ni mula hangat dengan Sakura Mask pulak...Kak Aya baru je cuba malam ni, tak tau lagi macam mana kesannya, apa yang Kak Aya rasa sekarang muka terasa sejuk dan nyaman je..malas nak snap gambar sebab tak bersedia, anak-anak dan suami dah tidur, tak reti nak berselfi hik hik.

Kak Aya try untuk cuci lepas bangun tidur pagi esok..


Ok mesti ada yang tertanya apa laa yang best sangat dengan Sakura Mask by Seqy Beauty ni kan?

Ni kelebihan dia ye:

1. Sesuai untuk semua jenis kulit.
2. Menyegar serta melembapkan kulit.
3. Mengurangkan bekas jerawat
4. Mengecilkan pori-pori 
5. Mencerah dan menghaluskan kulit wajah
6. Membantu re-generasi kulit
7. Mengurang dan mencegah kedutan pada wajah
8. Mengeringkan jerawat
9. Mengurangkan kemerahan dan ruam pada kulit
10. Boleh digunakan untuk kulit terbakar
11. Kaya dengan vitamin B
12. Mengurangkan selulit
13. Menghilangkan flek hitam pada wajah
14. Memperbaiki kulit secara keseluruhan
15. Merangsang pembentukan kolagen
16. Anti-penuaan, anti-radang, anti-septik, anti-fungal


Ingredients :

Aqua, Carbormer, Extract Sakura Plant, Snail Secretion Filtrate, Chamornilla Recutita (Matricia) Flower Extract, Sodium PCS, Glycerin, Propylene Glycol, Allantoin, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, 1,2-Hexanediol, Chlorhenesin


Cara Penggunaan :
1. Sapu secara merata di seluruh wajah dan leher (15-20minit). Bilas.
(boleh digunakan pagi atau malam)


atau


2. Sebelum tidur, sapu secara merata dan bilas pada keesokkan pagi.


*Boleh digunakan setiap hari.
*Jika anda memakai krim malam, boleh menggunakan Sakura Mask 2 atau 3 kali seminggu.



Oh ye lupa nak bagitau jugak ni, sekarang ni ada Contest yang dianjurkan oleh pihak Seqy Beauty bermula 1.4.2015 - 30.4.2015. Hadiahnya ada lah iPhone6. Gilaaa tak nak kan?

Syarat utama - beli sakura mask dan mesti ada Instagram...haa Kak Aya ada stok, roger je ye kalau nak .

Atau pun bagi yang baru je tau Seqy Beauty ada jual produk-prosuk ohsem dan terus rasa nak cuba semua ..haaaa ada je yang jenis mesti kena cuba secara combo

Beli 3 terus,boleh dapat harga special..tengok flyers kat bawah ni...jimat kan? Kak Aya bagi free gift shawl bagi setiap pembelian set combo ni..hmm rugi tau kalau tak beli.


Ok tak nak lah cerita panjang-panjang nanti berair mata membacanya..

Whatsapp je kalau nak tanya apa-apa ye..0173416762.

Stok terhad sebab di HQ pun hampir kehabisan stok .


Kejar 5 perkara sebelum 5 perkara

$
0
0
Assalamualaikum

Cepat eh masa bergerak, dah pun masuk bulan April...lagi 5 bulan untuk Nadhirah bersungguh-sungguh ulangkaji pelajaran untuk UPSR September nanti..hmm cakap pasal UPSR & Nadhirah ni, memang kena banyak sabar sungguh..dia ni lebih aktif dengan kegiatan luar berbanding fokus kepada UPSR, tak tau la kot masa dalam kelas dia fokus 100% kepada apa yang cikgu-cikgu ajar. 

Kalau kita bebel sikit mula la dia sentap...begini la cabaran seorang ibu..hari-hari mencabar..bab anak-anak ni kita cerita kemudian.

Sebenarnya niat utama nak cerita adalah tentang 5 perkara..

Pernah dengar kan kejar la  5 perkara sebelum datangnya 5 perkara?

Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Hidup sebelum Mati
Lapang sebelum Sibuk
Kaya sebelum Miskin

Antara 5 perkara ni kan, Kak Aya nak fokus dalam entry ni kepada Sihat Sebelum Sakit.

Kita ni sebenarnya selalu fikir apa-apa je mesti orang lain yang kena, kita tak kena.

Faham tak apa yang Kak Aya maksud kan?

Mati tu untuk orang lain je, kita ni macam hidup selamanya .. ini Kak Aya cakap mengenai diri Kak Aya sendiri, tiada persiapan rapi , tiada kesedaran seolah-oleh tidak akan berlaku kepada diri sendiri.

Bercakap tentang Sihat Sebelum Sakit ni, Kak Aya dapat rasa Kak Aya memang tidak boleh dikategorikan sebagai Sihat Sebelum Sakit , mungkin kategori Tidak begitu sihat yang menghampiri Sakit.

Kak Aya ni menghadapi masalah obesiti dah banyak tahun...masa lepas pantangkan Zahra 1 tahun 10 bulan yang lepas, dapat turunkan berat badan daripada  80kg hingga 62kg tapi sekarang mencanak kembali kepada 77kg.

Memang sangat tidak sihat la kan? Walaupun gedempol tu selalunya akan diusik secara sinis sebagai 
"sangat sihatnya awak sekarang...."

Bukan tak ada kesedaran untuk berdiet atau jaga makan atau apa, tapi masalah istiqomah tu...susah sungguh nak bermujahadah melawan nafsu makan.

Sejak Ucu disahkan mengalami kegagalan buah pinggang, kesedaran untuk kurangkan berat badan begitu kuat.

Kak Aya tak berminat nak cuba sebarang ubat yang boleh menurunkan berat badan buat masa ni. Memang macam-macam pil, vitamin, minuman yang menjanjikan penurunan berat badan segera, lambat sikit, lambat banyak...pilih je ikut kemampuan kewangan..

Oleh kerana belum habis ganti puasa, cara terbaik buat masa ni adalah berpuasa dan semoga dengan keberkatan melakukan ibadah puasa tu dapat menurunkan berat badan sekilo dua.

Bila dah disahkan sakit apa-apa , memang time tu nak menyesal pun tak  berguna, last-last salahkan diri sendiri atas kedegilan lampau.

Dahla kuat makan, malas nak exercise..memang gabungan yang sempurna la untuk memelihara lemak dalam badan...lemak pun membiak dengan jayanya.

Sebenarnya 5 masa sebelum 5 masa tu kalau diamati memang saling berkait sebenarnya... salah satu perkara atau formula untuk mendapat kejayaan di dalam hidup dunia akhirat berdasarkan 5 perkara ni adalah MENGHARGAI MASA YANG DIBERIKAN.

Kak Aya runsing jugak sebenarnya bila fikir tentang kesihatan ni sebab bila kita dah mula sakit-sakit,banyak la perkara lain yang mula akan jadi terhenti atau slow ...contoh kalau sebelum ni kita boleh buat beberapa urusan dalam masa yang singkat , bila dah sakit mungkin satu urusan je pun yang mampu kita buat..selebihnya memerlukan pertolongan orang lain.

Harap sangat dalam kejar balik waktu walaupun dah jauh meninggalkan Kak Aya, waktu untuk capai balik tahap kesihatan yang memuaskan.

Kena mula belajar susun atur pola pemakanan dan ikut dengan penuh disiplin - ini kunci utama. 

Ok la rasa macam berbelit pulak ayat-ayat dalam entry ni, mungkin sebab waktu ini dah melebihi waktu yang sepatutnya tidur.

Tidur pun penting untuk kesihatan.

Ok bye dulu ..nak tidur sekarang.

Selamat awal pagi.



Sembang Mak Alang

$
0
0
Assalamualaikum,

Dah tidur ek semua? Mentanglah hujan lebat selebatnya semua dah off lampu..Kak Aya tengah mesin baju tu, 2 anak dah tidur, 1 lagi tengah buat homework, baru balik tuition ..basah kuyup dia...pengorbanan seorang pelajar .

Pengorbanan seorang bapa pulak meredah banjir sepanjang jalan menuju ke tempat tuition.

Pengorbanan seorang ibu? Mengadap PC...tengah cari beberapa info sebenarnya ...info tentang kesihatan dan kecergasan.

Sejuk sikit malam ni hujan turun selebatnya ...terasalah sikit kedinginannya..kalau tidak bermandi peluh sepanjang malam, rumah Kak Aya tak ada aircond.

Mula -mula nak belanja gambar terbaru Kak Aya yang sihat walafiat ni. Alhamdulillah.





Jelas kan ke- sihat-an nya Kak Aya ni...tengok tang pipi tu...dagu tu..lengan tu..perut tu..ahh semua la

Bandingkan pulak dengan orang sebelah tu...alahai ....

Sebenornya Kak Aya ni memang berisi sejak kecik lagi...memang tak dapat ingat la bila saatnya berbadan ramping macam kawan-kawan..jealous sangat rasanya...apa pun syukur la kerana tetap jugak sihat dan cergas melakukan kerja ofis dan kerja rumah.

Dulu masa belum kahwin, Kak Aya pernah join kelas aerobic kat pejabat...tapi sejak beranak pinak ni, tak ada aktiviti senaman yang khusus..kerja rumah tak abis-abis...

Dengan kerja sebagai driver tak bergajinya...ke sana ke sini.tapi badan tak susut langsung..

Nampak sangat kan kalori masuk lebih banyak daripada kalori yang dibakar hu hu...

Ni tengah fikir jugak ni,nak exercise waktu bila la agaknya..memang macam tak tau bila...sampai bila bila he he.

Bangun tidur jam 5 pagi..selalunya baru je bergerak selangkah dua Zahra akan terjaga sama, dia nak menyusu..kadang-kadang bukan nak menyusu sangat pun tapi lebih kepada nak kita ada kat sebelah dia..sudahnya Kak Aya akan sama-sama terlelap semula , kadang tu sampai azan Subuh berkumandang..dah mula la kelam kabut ..siap itu ini zup zap dah sampai masa nak keluar untuk ke pejabat.

5.15 waktu balik, sampai rumah biasanya Maghrib...letih jangan cerita la kan, semua sama sama tau sama sama faham la keadaannya kalau dah bekerja kan?

Sampai rumah je , mula-mula memang pakat kelam kabut nak mandi, solat, mengaji, makan malam..yang Zahranya pulak time ni la menangis nangis nangis nangis nak menyusu, ye la kan tinggalkan dia sepanjang hari...Zahra memang tak nak susu lain ..kesian dia...susu Kak Aya pun dah tak banyak, ntah berapa titis yang dia dapat minum setiap hari..pam pun dah tak nak keluar lagi dah.

Waktu malam boleh dikatakan masa untuk Zahra...selagi dia tak tidur memang tak boleh berenggang la.. hanya ibu yang memahami perasaan seorang ibu..letih penat seorang ibu...tapi ibu tetap bersemangat dan ceria sampai ke waktu tidur..sedar-sedar bila dah baring tu terasa la yang amat lenguh semua anggota sendi.

Kalau tak tengok blog biasanya jam 12 malam dah tidur..dah siap gosok baju dan tengok buku anak-anak. Kalau tengok blog masa tidur akan lari lari lari..kadangnya sampai 4 pagi masih terkebil-kebil depan PC,tak update blog pun, mengadap je yang lebih.

Ni yang pening sikit ni , waktu mana nak celah untuk exercise, waktu sebelum tidur atau seawal 4 pagi ?

Rasanya baik time 4 pagi kan?

******************************************************************************************
Kak Aya memang tak masak sepanjang weekdays....masak time weekend je..biasa beli je dari gerai kakak taman sebelah ni ha..macam-macam lauk ada..semua panas - panas.

Beli dan bila sampai rumah jam 7.30 tu ,lepas anak-anak dah siap mandi, solat dan mengaji, terus makan malam...anak-anak memang balik dalam keadaan perut kosong, tak sesabar dia orang nak makan.
Kak Aya memang respek la pada kaum ibu yang bekerja dan  dalam masa yang sama boleh masak hari-hari untuk keluarga.

*****************************************************************************************

Sekarang ni kalau ada masa untuk sembang-sembang dengan sahabat baik Kak Aya di pejabat tu, topik selalunya mengenai GST..dua maksud GST pada kami...satu GST yang memang GST tu la...kadang-kadang sampai takut nak berbelanja tapi mana mungkin tak berbelanja kan? Kita ni memang jenis berbelanja untuk keperluan je tiap bulan...pakaian pun dah lama tak bertukar...tudung Aidijuma je pun yang mampu beli sesekali, yang RM10 sehelai tuuu..

GST yang satu lagi adalah Gemuk Sangat Tuu...ini merujuk kepada tuan punya badan la...sahabat tu kurus je tapi tak pernah dia rasa dia kurus..hari-hari cakap dia gemuk gemuk gemuk selama hampir 20 tahun persahabatan kami...adoooi la...

******************************************************************************************
Ok la dah nak pukul 12 tengah malam dah ni..meraban je Kak Aya ni macam orang mengigau pulak ntah apa-apa cerita.

Kita stop dulu.

Mintak maaf sangat-sangat sebab belum ada waktu untuk blogwalking..untuk DianaRashid terima kasih banyak-banyak hari-hari datang sini.



Menangi iPhone6 secara 'Percuma'

$
0
0
Assalamualaikum,

Siapa yang belum ada iPhone6 lagi? Sendiri angkat tangan hi hi..

Siapa yang memang iPhone6 ni menjadi salah satu wishlist yang mesti ada tahun ni?

Kalau nak beli sendiri tu memang bagus, tapi dalam masa terdekat ni ada peluang untuk menang secara percuma, mengapa tak nak cuba nasib kan?

Ok caranya mudah je, mudah sesangat, makan kacang pun tak semudah ni.

1. Beli Sakura Mask by Seqy Beauty.
Harga RM110. Boleh tahan sampai 4-5 bulan bergantung kepada penggunaan.

2. Tag gambar anda bersama sakura mask diIG @seqybeauty dengan cogan kata
"saya suka sakura mask kerana......"

3. Tag 10 rakan anda.

4. Masukkan hashtag #tagandwinsakuramask

5. Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah LIKE yang diterima.

6. Peraduan berakhir pada 30/4/2015.

Jemput join ye..kalau belum ada mask,boleh order dari Kak Aya ye.

Kalau nak lebih jimat boleh order set combo  BB Cream + Cleanser +Sakura Mask = RM190
JIMAT RM20. TANPA GST. FREE GIFT.



Ketagih Tudung Aidijuma

$
0
0
Assalamualaikum,

Macam-macam penyakit sekarang ni yang datang menyerang..ada virus jahat yang sukar nak dibendung.

Biasanya virus yang datang menyerang tu ada kaitan dengan nafsu dan duit.

Tau tak kegilaan apakah yang sedang melanda Kak Aya ni?

Tak dapat tahan tengok koleksi tudung Aidijuma. Itu belum campur dengan keingian nak membeli jubah la, sandal la...haisshh ntah la, sebenarnya sudah terlalu lama gila tak membeli semua tu untuk diri sendiri.

Memang tak tertahan melihat gambar-gambar tudung aidijuma ni, coraknya cantik-cantik dan kebelakangan ni memang extra cantik ..meleleh air liur sampai ke kaki pun tak mampu nak kejar sebab tiap minggu keluar design baru..adoiii boleh tercirit dibuatnya...sebab tu la lama dah tak beli...taubat kejap.

Ni gambar-gambar kat bawah semua yang Kak Aya belum ada, belum sempat beli, tak sempat beli, apa pun motif yang nak disampaikan adalah belum cukup duit untuk melabur pada pembelian tudung ni ..tapiiii biasalah ,tak dapat beli dapat tengok pun cukupla.







Tudung cantik, tuan tudung lagi cantik, pakai la corak apa pun tetap nampak cantik menawan..makin cantik berseri Datin Norjuma sekarang kan?

Ada tak yang alami kegilaan yang sama macam Kak Aya ni?

Jom share.

Sembang kerjaya

$
0
0
Assalamualaikum

Tak ada apa yang menarik sangat-sangat kot nak diceritakan tentang kerjaya Kak Aya ni.... Tapi pada diri Kak Aya ianya penuh dengan pengalaman dan kenangan terutamanya pada awal-awal kedatangan Kak Aya di Kuala Lumpur ini.

Ok sebelum tu kita kisahkan dulu kerjaya masa di Terengganu , masa sebelum jejak kaki ke Kota Batu ni.

Lepas tamat sekolah menengah, dapat Uitm tapi tak pergi ..rugikan? tak apalah, takdir untuk Kak Aya hanya belajar di Universiti Kehidupan je...sebuah universiti untuk macam-macam jurusan tanpa perlu ada kelulusan akademik.

Kak Aya duduk je di rumah, jadi tukang masak, tukang cuci, tukang ngantor adik ke sekolah, naik basikal jemput hantar mereka naik basikal je...hmm dara pingitan time tu..

Dalam masa yang sama, Kak Aya memohon banyak pekerjaan terutamanya melalui SPA tapi satu pun tak berjaya.

Sebenarnya Kak Aya tidak memilih kerja , kerja kilang ok, kerja sebagai pembantu rumah pun ok tapi yang tak ok nya adalah keluarga, mereka tidak membenarkan. Walaupun susah tanpa ayah, kami masih lagi kekal hidup bahagia cukup makan minum cuma tidak dapatlah nak lebih-lebih, tambahan pulak Tok Ayah hanya seorang petani biasa je....hasil tulang 4 kerat Tok Ayah dapatlah kami hidup tanpa meminta minta.

Apa kerja yang boleh dilakukan ketika itu adalah menolong menjaga anak jiran.dah besar dah budak tu, nama Saddam, dulu masa baya-baya Zahra dia asyik mengekor Kak Aya je, sekarang ni dah jadi anak bujang, kita tegur dia malu-malu kucing pulak..

Bila tiba musim durian, Kak Aya ke dusun durian, kutip buah durian,junjung di dalam bakul besar, bawak turun dari atas bukit ( tempat terletaknya dusun durian ) jual kepada peraih..setiap hari sepanjang musim durian, itu la kerja Kak Aya…dasat kan budak lembik ni junjung buah durian..Kak Aya tak la lakukannya berseorangan, adik-adik kak Aya yang masih kecil turut membantu sama..time tu agak menjadi perhatian sikit la sebab satu-satunya anak dara sunti yang memanjat bukit untuk ke dusun durian..kebanyakkannya lelaki-lelaki yang seusia arwah ayah Kak Aya je yang sama-sama memanjat bukit tu....kena panjat bukit dulu sampai atas sana baru la ada dusun durian...luasssss sangat dusunnya...bukan milik keluarga Kak Aya je, milik seluruh orang kampung...sebelah menyebelah.

Time menanam pagi, moh kita ke sawah padi..tapi Kak Aya tak pandai sangat nak buat kerja-kerja ni, Kak Aya tak cukup seni untuk kerja-kerja di sawah pagi..cucuk anak semaian pun main cucuk je..marah arwah tok ayah sebab nampak senget benget je susunan anak semaian..lagi satu tak tahan panas sangat la kat sawah padi terutama ketika musim menuai…dulu separuh bahagian arwah tok dan tok ayah saya menuai sendiri padi tersebut, separuh lagi upah mesin tuaian..time tu nak jimat kos, sebab tu la sebahagian je upah mesin yang buat semua tu.

Kalau nak cerita tentang kehidupan masa tu agak perit la tapi tak ada la sampai berlapar ..makan sentiasa mencukupi.yelah tanam padi sendiri, mesti lah mewah kalau nak makan nasi...kalau tak ada lauk lain, boleh buat nasi goreng...makan nasi campur kicap..

Pada tahun 1993, usia 20 tahun, time ni memang tengah meletop la kat kampung hi hi perasann....sila jangan percaya, saja je nak sedapkan cerita... diterima bekerja di Jabatan Perangkaan Malaysia Cawangan Negeri Terengganu sebagai Pekerja Kontrak/Sambilan, ..tugasnya adalah membuat bancian. Keluar buat banci dari hotel ke kedai ke restoran ke pasar ke gerai-gerai pisang goreng...kena tengok projek Jabatan tahun tu untuk apa…nanti Kak Aya kongsikan pengalaman menjadi pembanci..Insyaallah kalau tak lupa.

Akhir Dec 1995, kontrak tamat..kembali duduk di rumah menunggu peluang pekerjaan yang lain..satu hari tu terima surat panggilan temuduga, pejabat syarikat tu adalah di KL tetapi temuduga akan di jalankan di negeri Terengganu..Kak Aya pun mula berkomplot dengan Ucu , apa kata kalau terus aja pergi temuduga tu di pejabat KL sana je, susah nak dapat peluang untuk cari kerja di KL kalau Kak Aya tolak peluang ni, Ucu bersetuju dan Kak Aya bagitau keluarga ( mak, tok dan tok ayah - mereka ni ada kuasa veto) yang Kak Aya mendapat panggilan temuduga di KL dan berjanji akan jaga diri sebaik mungkin bila tinggal dengan Ucu, akan dengar cakap Ucu sepanjang masa dan macam-macam janji lagi la..Ucu pun menerima amanah daripada3 pemegang kuasa veto tadi agar menjaga Kak Aya ni sebaik mungkin..

Sebab apa kak Aya nak sangat ke KL? Pertamanya takut kena paksa kahwin, tau je la di usia macam tu, dah la hot kan? Hi hi...sejujurnya memang kak aya sentiasa dalam keadaan takut...takut kena kahwin dengan pilihan keluarga..kak aya memang gadis pingitan yang tak banyak bergaul, tak pernah ada teman lelaki sepanjang hidup, ada beberapa yang bertanya-tanya pada mak sebelum-sebelum tu tapi Kak Aya berjaya menepisnya tapi kalau tunggu lagi lama di kampung dengan status penganggur, rasanya memang cepatlah kena pinang, kak aya nak kerja lebih lama, nak tanggung keluarga, kahwin tu tak tau berapa di tangga ke berapa.

Akhir April 1996,Kak Aya pun mula berhijrah ke bandaraya Kuala Lumpur .Ucu ketika itu menyewa bilik di flat rumah kedai di Jalan Perhentian( Wisma NYT) , menyewa bersama kawan senegeri, Kak Mai.. Kali pertama tengok bilik sewa tu,terkejutsungguh-sungguh sebab terlalu sempit..seumur hidup Kak Aya tak pernah hidup makan minum tidur di dalam ruang yang sempit sebegitu tetapi Kak Aya perlu membiasakan diri. Rasanya luas bilik tu mungkin 10 kaki x 10 kaki je kot.kalau tidur 4 orang memang berhimpit la, kalau 3 orang memang ngam-ngam..sebab dalam bilik tu ada TV,cabinet TV, 2 Kabinet pakaian, Peti ais, periuk nasi semua dalam tu..sempit fikiran tapi bersyukurlah sebab bilik sempit tu mampu menjadi tempat kami berlindung, dengan kadar sewa sebanyak RM150 sebulan. Kalau bagi 3 dapatlah RM50 seorang, bil letrik pulak kena bagi dengan berapa kepala yang menyewa untuk 1 floor tu.

Time tu asyik terkenang rumah di kampung, walaupun kami ni hidup susah tapi rumah kami luas dan besar, biasalah rumah kampung…jarak antara tangga depan hingga ke dapur sungguh jauh..cakap pun menjerit-jerit..bila duduk bilik sempit ni kena la belajar cakap slow-slow sikit..itu antara hikmahnya..mengajar diri jadi lebih bersopan santun dan berhemah bila bercakap. Time tu baru la tau betapa bersyukurnya hidup di kampung, susah macam mana pun tetap selesa, dapat makan nasi 3 kali sehari sebab kami kan golongan petani, beras tu sentiasa ada kat dapur. Tapi bila hidup di KL ni, semua kena ambik kira..semua kena catu..semua kena disiplin.

Berbalik semula kisah nak pergi interview..2 May 1996, Kak Aya beranikan diri ke pejabat yang sepatutnya temuduga di jalankan di Terengganu tu..tak sangka Kak Aya dapat keberanian untuk pergi seorang diri dan hari tu jugak saya ditemuduga..Dan hari tu jugak keputusan temuduga diperolehi. Alhamdulillah Kak Aya dapat kerja tu, Kerani Am., Gaji 500.

Syarikat tersebut adalah sebuah syarikat jualan langsung, bertempat di dalam salah satu bangunan di Jalan TAR. Syarikat ni kepunyaan 3 adik beradik perempuan berbangsa India. Pekerjanya 4 India dan 4 Melayu termasuk Kak Aya.

Hari pertama kerja sangat-sangat mendebarkan..apa taknya, Kak Aya ni seorang gadis sunti dari kampung yang selalu orang cakap agak konservatif dan kalau tengok je muka dan pakaian memang terserlah kekampungannya. Pergi balik kerja naik BMW ( bas mini wilayah) yang sungguh laju dan sendat itu. Memang satu pengalaman baru yang sungguh hebat la sangat , pada masa tu.

Ada 3 bos – 1 bahagian kewangan, 1 bahagian Jualan, 1 bahagian pentadbiran..

Gaji RM500, bila tolak EPF dan Socso, dapat dalam RM448 macam tu la setiap bulan. Tiada cuti tahunan selagi belum disahkan jawatan. Tempoh untuk disahkan jawatan adalah setahun. Tiada kenaikan gaji juga selagi tak confirm.

Kak Aya banyak memohon kerja di tempat-tempat lain , Kak Aya berdoa agar tak lama la di syarikat tu

Tiap pagi celik je mata, selalu rasa nak menangis untuk pergi kerja..teruk betul la saya ni…takut nak masuk ofis..Ucu selalu tanya, takut apa? Tak tau la tapi rasa cuak je…Ucu cakap biasalah kali pertama jejak kaki di KL, ..datang-datang terus dapat kerja, syarikat pulak bukan kepunyaan orang Melayu. Hidup di Terengganu nunnngg nak jumpa bangsa lain memang susah, pergi sana sini memang jumpa orang Melayu je la, memang jakun la bila sampai KL ni.

Jangan jemu baca entry ni ye sebab panjang berjela...(mana tau ko2t ada silent reader yang suka baca blog Kak Aya)



******************************************************************************************************

Disebabkan entry panjang, makanya banyak hari la ambik masa untuk siapkan 1 entry...

Masih lagi berkisar di tempat kerja di Jln TAR tu...ringkasnya apa yang nak dikongsikan adalah:

1. Seawal jam 8 kak aya dah sampai ofis, time-time gitu pada tahun 1996, jalan raya di Jalan TAR masih belum sibuk...tenang je..beli nasi lemak, tapau makan kat tangga ofis...kesian kan? Pintu ofis memang kunci selagi belum 8.30..pemegang kunci ofis pun tercongok kat tangga..tunggu 8.30..mana yang sampai awal memang bersarapan atas tangga tu.

2. Tugas hakiki Kak Aya bila masuk je dalam ofis tu, kena isikan air untuk 3 bos..1 bos ada 3 termos . Isikan la ke semuanya. Dah siap bab air, kena monitor pulak cleaner yang datang bersihkan pejabat..kak aya tak tau kenapa kena monitor macam mandur pulak dah gayanya..kesian cleaner tu, kak aya asyik ekori dia buat kerja je..masa mula-mula tu kak aya mintak maaf sebab asyik mengekor je, dia cakap memang kalau kak aya tak kerja sini , orang lain yang akan mengekor je, dia dah biasa...bila dah siap kerja-kerja vacuum, lap meja segala bagai, baru la kak aya dapat duduk kat meja kak aya tu.

3. Kalau ada apa-apa data yang perlu dimasukkan dalam file komputer, kak aya akan buat kerja-kerja memasukkan data pembeli.

4. Kak Aya juga bertugas untuk packing barang-barang untuk keperluan marketing staf yang akan buat kerja-kerja promosi di seluruh Malaysia, ada seorang lagi staff yang buat kerja-kerja packing, dia ni macam Stor Executive la, semua benda dalam stor tu dibawah jagaan dia, nama-nama barang, jumlah stok, semua dalam pengetahuan dia, Kak Aya jadi pembantu je...nak packing pun terkial-kial...biasalah benda yang tak pernah buat..

5. Lunch hour, pintu pejabat dikunci..semua berdedai la keluar mencari makanan...biasanya mereka akan makan sama seperti sarapan tadi, makan atas tangga sambil borak..Kak Aya selalunya makan dalam surau Bank Islam..hari-hari makan situ..makan pun ala kadar je, nak jimat..memang belajar berjimat la , jimat sungguh-sungguh ketika tu, badan pun kurang lemak time tu..kak Aya terus bersolat jemaah di surau Bank Islam, lepas tu lari-lari anak balik ke ofis semula...lecehnya bila tempat kerja tak sediakan tempat untuk solat. Waktu Asar pulak solat je kat rumah...

6. Percaya tak , tiap bulan kami terima gaji secara tunai tau....Kak Aya dan seorang lagi staff Melayu akan bawak envelope dan dokumen yang berkaitan, akan ke Menara Maybank untuk tunaikan gaji pekerja..bahaya kan? Kami borak-borak sambil jalan bawak duit yang banyak..Alhamdulillah tak pernah terjadi perkara yang tidak diingini sepanjang ulangalik ke bank. Nanti pegawai kewangan akan bahagikan gaji kami, beraturlah kami semua untuk terima bahagian kami, yang sen sen pun kami terima.

7. Kak Aya banyak apply kerja, daftar di tempat pencari kerja, sebab nak dapat kerja yang lebih baik ....Kak Aya pernah dapat tawaran kerja sebagai cashier di Maybank tapi akhirnya tawaran tu ditarik balik kerana kak aya seorang yang rabun warna, cashier tak boleh ada masalah rabun warna...tak apalah tak ada rezeki di situ.

8. Pertengahan September 1996, dapat interview kerja kerani di sebuah syarikat insurans, bertempat di Jalan Ipoh..ohhh gembiranya sebab dekat dengan rumah..gementar gila datang interview...siap berlipstik time tu...hmm ....dapat kerja tu. Gaji permulaan 700, kerja 5 hari seminggu ( sangat woww time tu sebab tak banyak company yang kerja 5 hari seminggu, Ucu jeles ha ha ), ada bonus tahunan 2 bulan gaji, kemudahan insurans dan perubatan, kenaikan gaji 5% setiap tahun, cuti tahunan 14 hari setahun, cuti sakit 28 hari setahun...Syukurnya time tu tak tau nak cakap macam mana....paling happy dapat tinggalkan company di Jalan TAR tu.

Di syarikat baru ni la bermulanya sebuah kehidupan yang lebih baik, di sini jugak bertemu dengan suami...Alhamdulillah kak Aya masih kekal di sini hingga sekarang..walaupun sekarang ni asyik fikir nak berenti kerja, nak duduk rumah je...


Untuk seterusnya kita akan jumpa semula nanti ye.

Terima kasih sudi baca.

Sembang Mak Alang Lagi

$
0
0
Assalamualaikum,

Tak tau nak letak tajuk apa sebab apa yang nak dicatatkan ni secara random je, apa yang terlintas di dalam fikiran je. Banyak benda nak share di sini, selalu Kak Aya terfikir untuk share di sini kerana inginkan semua ini menjadi tatapan anak cucu esok-esok cuma batasan masa yang menjadikan keinginan tu terbantut macam ketinggian tuan blog ini.

Mula-mula yang terlintas di dalam fikiran ni nak bercerita tentang kesihatan Ucu...kesihatannya agak merosot berbanding sebelum ni. Hairan jugak melihat fizikal dia yang menjadi kurus cengkung secepat itu. 

Luluh hati tengok seolah-olah seperti sekeping papan nipis je badan dia . Apa pun situasi, doa adalah senjata paling ampuh untuk kami semua..

Sabtu lepas Ucu nak ke dapur tiba-tiba je seperti satu tolakan dia jatuh terjelepuk....dia sendiri macam blur blur kenapa pulak terjatuh..tak pening tak berpusing...kesannya lebam pada bontot yang tak berisi tu..

Doa agar Ucu kembali sembuh seperti sediakala. Zahra sentiasa bersama dia hampir setiap hari. Pada hari dialisis, Cu hanya menjaga Zahra separuh hari..Zahra dah pandai main sendiri sekarang ni, ye la orang dah nak masuk 2 tahun...dah pandai bercakap sorang-sorang, menyanyi, menari , mengaji ..semuanya dalam bahasa dia sendiri, kita tak faham apa satu. Zahra adalah kekuatan untuk Ucu terus mengukir senyuman.

Ucu ni tak ubah ibu kepada Kak Aya dan adik beradik Kak Aya..sementelah Ucu dan Mak Kak Aya 2 beradik je yang masih ada sebelah keluarga Kak Aya selain adik-adik dan sepupu, Kak Aya tinggal bersama berdua dengan Ucu bertahun-tahun sebelum Kak Aya berkahwin pada tahun 2002...susah senang banyak dikongsi bersama..sudah pasti terasa sedikit sedih bila tengok dia diuji begini namun Kak Aya yakin dengan janji Allah, setiap ujian itu memang diberikan kepada setiap insan yang terpilih untuk melaluinya sesuai dengan kemampuannya.

Mak kak Aya di kampung memang risaukan kesihatan Ucu, memang kami tak begitu telus dalam melaporkan tahap kesihatan Ucu kepada mak...tak nak dia risau lebih-lebih sebab mak pun memang tak begitu sihat. Hari-hari kena update tahap kesihatan Ucu kepada mak....adakala suara mak macam lemah je, Kak Aya faham perasaan mak.

ok tutup la kisah-kisah sayu pilu ni..

******************************************************************************************************

Kita sembang-sembang perihal anak-anak la pulak.

Nadhirah , anak dara Kak Aya tu aktif betul sejak masuk Tahun 6 ni..peliknya kenapa bila Tahun 6 mesti aktif dengan macam-macam kegiatan sedangkan tahun ni UPSR..bukan tak bagi aktif dengan kegiatan ko kurikulum tapi Kak Aya rasa macam terlebih aktif hinggakan bila balik rumah je mula la nak berbungkus awal-awal...kalau asyik tidur je, macam mana dengan pelajaran? 

Kak Aya cakap sikit mula la nak sentap, ini yang paling tak tahan....sebagai ibu, memang kita ni 24 jam asyik fikir macam-macam, daripada hal kecik sampai la hal yang patutnya PM fikirkan pun kita rajin-rajin nak fikirkan.

Memang bagus kalau aktif dengan kegiatan luar darjah, dapat memberi kredit tambahan untuk memohon ke sekolah berasrama penuh nanti tetapi kalau kita sendiri tak mampu nak seimbangkan antara pelajaran dengan kegiatan luar, benda tu akan jadi masalah...

Kang kalau Kak Aya cakap macam ni, dia cakap " mama mula la tu, nak membebel, akak boleh balancekan , jangan risau, mama dah banyak stress tang lain, jangan stress tang "ko ko" akak ni"...apa pun Kak Aya memang menaruh harapan yang agak tinggi, biasalah anak pertama memang jadi  taruhan harapan ibubapa...sama macam situasi kak aya dulu...masa kak aya sekolah dulu , mak tak ada nak tekankan sangat hal pelajaran ni, mak sibuk dengan adik-adik yang masih kecik, time tu pandai-pandai kita la nak belajar macam mana janji jangan dapat merah dalam report card.

Itu kisah anak pertama...anak kedua ni pun tak kurang jugak kisahnya....Umar ni join taekwando bermula awal Jan baru ni..dia memang bersemangat, sangat-sangat bersemangat untuk ke kelas taekwando tu, waktu untuk taekwando tu setiap jam 5.15 -6.45 hari Sabtu...belum Zohor lagi dia dah semangat nak tukar baju...semangat tak semangat tu?

Belum lagi kira yang berlatih tanpa kira masa...habis pokok belakang rumah jadi mangsa...Tapi kalau bab belajar, memang akan cari alasan sikit..maksud Kak Aya kalau kita suruh dia ulangkaji kat rumah, haaa memang dia akan cuba cari alasan dan akhirnya dia akan tidur..senang je untuk lepaskan diri..selalunya alasan letih la....

Umar ni kalau hari cuti, dia memang akan jadi org pertama yang bangun tidur tak kira la time tu ayam pun belum berkokok, macam mata tu tak boleh dipaksa untuk pejam lagi dah...dia akan cari jalan untuk bagi orang lain bangun jugak..tapi kalau hari sekolah, dia adalah orang paling last bangun..dan selalunya mood dia memang ke laut pada setiap hari sekolah...beberapa hari ni nampaknya mood dia ok setiap pagi, tak nak mandi air suam macam biasa, tak perlu diingatkan untuk gosok gigi..Alhamdulillah ada perubahan seiring dengan penambahan usia setiap hari.

Kalau hari rajin, Umar akan mengaji setiap kali lepas solat maghrib, tak perlu suruh-suruh..sejuk hati seorang ibu..tapi kalau dah datang hari malas, jangankan nak mengaji, pandang Al Quran pun tidak..berhari-hari tak disentuhnya...

Umar punya peel, dia tak boleh kalau kakak lebih daripada dia dalam apa jua situasi ...tau tak, kalau kakak period, tak solat la kan, dia pun turut sama cuti solat..alasan dia - keluar air mani ha ha ha...dia cakap ada belajar di sekolah agama, kalau perempuan datang haid tak boleh solat, lelaki pulak keluar air mani tak boleh solat..ehh ni bukan cerita lucah ye.

Umar rajin cuci kasut sekolah , tapi bergantung pada mood jugak la...biasalah budak-budak, mana boleh paksa-paksa, biar dia buat dengan kerelaan hati...Alhamdulillah mulai tahun ni anak-anak dah mula cuci kasut sekolah sendiri secara konsisten...ringan sikit beban mama.

Ni mengenai Zahra pulak...haa ni anak ke 3...memang agak berbeza sikit perangai berbanding abang dan kakak...dia ni memang jenis tegas, tak suka dipaksa-paksa, tau kehendak sendiri..kalau lepas mandi, dia sendiri yang akan pilih pakaian yang dia nak pakai untuk hari tu..pilihan kita ni selalu tak kena ..gemar melukis tapi pada pandangan mata kita adalah menconteng...segenap tempat la menjadi mangsa contengan dia...bukan tak bagi buku, dia ada buku sendiri tapi tempat-tempat lain pun menjadi tempat contengan dia jugak...dinding kat rumah ni  memang bertukar menjadi wallpaper abstract..kadang-kadang nampak buruknya dinding rumah aku ni ..tapi ada waktunya rasa bahagia melihat keseronokan Zahra expresskan idea dia pada dinding..

*****************************************************************************************************

Kak Aya lama sangat tak balik kampung jenguk mak...rindu hati pada ibu ....walaupun kuat membebel masa kami kecik dulu, bebelannya tu jugak yang sering kami rindukan.

Insyaallah cuti 1 Mei nanti nak balik kampung...seronok balik Terengganu, kampung halaman tercinta..dapat makan best-best terutama keropok lekor yang sangat diidamkan ..

Mak Kak Aya tak begitu sihat, jadi susah la untuk dia datang ke KL kalau tak ada sesiapa yang bawak dia ...sebab tak begitu kuat untuk duduk dalam bas ekspress hampir 6-7 jam lamanya..itu la sebabnya dia mesti diberitahu perkembangan kesihatan Ucu sekerap yang mungkin setiap hari.

Ikatan kekeluargaan kami agak kuat dan erat, mungkin sebab keluarga kami kecil je.

Hmmm memang betul-betul sembang mak alang ni...jam pun dah 12 tengah malam ni.

Stop dulu la..

maaf sebab entry tanpa gambar adalah membosankan tapi itu la kak aya ni....ntah bila nak banyakkan gambar dalam entry.

Insyaallah.

PROMOSI HEBAT

$
0
0
Assalamualaikum

Ni nak update apa yang Kak Aya sedang jual samada di blog ni atau pun di IG @rohaya_yusof

1. Produk Seqy Beauty.

Buat masa ni ada 3 produk:

1. BB cream  ada 3 ton warna ye..setakat ni ramai sangat pilih light tone..tapi kalau macam sure tak sure je warna apa yang sesuail, ambik je yang natural ton..Kak Aya guna ketiganya, gilir-gilir..semua sesuai. 

BB Cream ni laris sebab utama adalah berasaskan air, kalau muka jenis berminyak sangat sesuai pakai BB Cream Seqy Beauty ni.

2. Cleanser - Kak Aya suka sangat cleanser sebab menyejukkan kulit wajah, sumber daripada mentimun, segar je terasa bila lepas cuci muka.

3. Sakura Mask - Kak Aya baru je beberapa kali cuba, belum boleh bagi feedback lebih-lebih..yang pasti bila bangun pagi lepas cuci muka ( malamnya sapu Sakura Mask berbentuk gel) , memang rasa lembut .

TAK LAMA LAGI AKAN KELUAR SET SKINCARE TAU! 

Nanti dah ada stok untuk agen, Kak Aya akan secepat kilat update di blog tau!










2. Bedung Baby Cotton Flannel

Kebanyakkan yang beli adalah daripada customer yang pernah beli sebelum-sebelum ni. harga RM14 sehelai tak termasuk kos pos, biasanya kalau beli banyak helai  Kak Aya akan bagi diskaun sikit sebagai hadiah kepada baby yang bakal lahir.




Kini , matlamat utama bisnes adalah untuk senangkan MAK dan merawat UCU, 2 insan tersayang. 

Jadi sesiapa yang membeli daripada Kak Aya, Insyaallah dapat barang dapat pahala menolong 2 insan tersayang tu. 

Terima kasih kepada pelanggan yang setia dan juga bakal pelanggan. Kak Aya sangat menghargainya.

Semua ni ready stok, kalau nak order  boleh call/SMS/Whatsapp/Telegram 017-3416762.

p/s: Bedung tu Ucu la yang jahitkan.


Viewing all 440 articles
Browse latest View live