Quantcast
Channel: Blog Kak Aya
Viewing all 440 articles
Browse latest View live

PEMENANG TESTIMONI SKINCARE SET SEQY BEAUTY

$
0
0
Assalamualaikum,

Entry ni cpy paste dari blog Sepet pengasas Seqy Beauty ):

Muka makin cerah!
Kulit Makin lembut!


Ha. kali ni testimoni kita katanya kulit makin cerah. Tapi hakak percaya yang set skincare kita bukannya buat kulit muka semakin cerah, tapi ekceli dia hanya mengembalikan warna kulit sebenar korang. Hihi! Sekarang ni cuaca kan panat hamat. Kita mungkin la tak perasan kulit kita gelap sikit sebab every day tengok cermin. Bila dah pakai set perawatan kulit baru kita perasan yang kulit kita dah gelap sikit. Gitu, so uolls, meh tengok gambar je.

So aku gabungkan kan siap-siap then korang senang sikit nak compare.


Ini gambar sebelum pakai set skincare, masalahnya adalah jerawat kat dahi dan kulit sunburn sikit. So dia pakai nak repair sikit-sikit tissue/sel kulit je lagi.



Walaupun baru pakai beberapa hari, tengok kulit dah nampak cerah sikit kan.


Then yang tudung pink tu memang cukup sebulan. Memang nampak beza dari segi warna kulit and kulit smooth je


Ha kita letak sebelah-sebelah. Jerawat dah tak ada. Kulit dah kembali sihat.

Jangan risau tau, aku buat produk bukan sebab nak bagi putih ke apa, maybe ada effect sikit-sikit kesan dari tumbuhan semulajadi, tapi sikit sangatlah. Main function kita nak rawat kulit je. Jangan takut la, memang tak mengelupas pun. Selamat sangat digunakan.

Orang mengadung pun boleh pakai, dalam pantang pun boleh pakai, muka berminyak, muka kering, muka normal, semua boleh pakai.



Contact
KAK AYA
0173416762


UPSR 2015

$
0
0
Assalamualaikum 

Jangan tunggu update diet Kak Aya tau! Ha ha masih berjalan cuma tak seperti yang diharapkan...hari ni dah seminggu tapi sikit pun tak gerak mesin penimbang tu. 

Ok belum putus asa..masih belum . 

Tapi tak tau la akan putus dalam masa terdekat ni atau lambat sikit. 

************************************************************

Hari ni hari pertama peperiksaan UPSR. 

Nadhirah menduduki UPSR. 

Mama dia terlebih gabra. Normal kan? 

Besar harapan diletakkan atas bahu dia. 

Anak pertama, cucu pertama, cicit pertama. 

Memang sangat-sangat menjadi harapan la kan. 

Untuk hari ni, Alhamdulillah dia dapat menjawab dengan baik. 

Ada 2 hari lagi perlu ditempuhi. 

Kejayaan akademik bukan la faktor tunggal penentu kejayaan. 

Perlu cemerlang akhlak juga. Ini lagi merisaukan. 

Sangat risau sebenarnya. 

Tau je la dunia hari ni, kan? 

Teknologi menguasai hampir semua perkara.


Takut. Risau.Macam-macam rasa.

Anak dara.Anak teruna. Tahap kerisauan seorang ibu tetap sama.

Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita semua. 

KISAH SEORANG MADU EPISOD 12

$
0
0
Apa khabar semua ye?

Kak Hani sangat bersemangat macam biasa...

Malam semalam masa golek-golek sorang atas katil sambil peluk bantal peluk, cuba ingat-ingat kembali perkara-perkara positif selepas dimadukan, ingat semula untuk dikongsi diblog ni...

1. Tak  ada lesen memandu..selepas tu terus ambik lesen...sebelum rahsia terbongkar , suami kerap "outstation"..Kak Hani terpaksa naik bas turun bas untuk sampai ke rumah. Pukul 9 malam baru sampai.Tapi tak rasa satu masalah sebab masa tu memang fikir suami outstation untuk cari rezeki kami sekeluarga.

Tak lama selepas rahsia terbongkar, suami suruh ambik lesen memandu..sekali ambik terus lulus. Suami belikan kereta. Alhamdulillah.

Sejak tu, memang semua benda buat sendiri...pergi balik kerja, pergi pasar, bayar bil, hantar ambik anak tuisyen, semua Kak Hani lakukan.

2. Kak Hani ketika satu-satunya isteri kepada suami Kak Hani, memang tak tau jalan-jalan dalam KL ni...kalau Shah Alam, PJ, Putrajaya tu lagi la kan..semua bergantung harap kat suami je sebab kami dulu-dulu macam loving couple sangat..dia memang tak benarkan Kak Hani ke mana-mana sendirian. 

Bila dah tambah isteri, secara automatik tanggungjawab dia makin bertambah, jadi untuk kekal sentiasa bersama-sama macam dulu tu macam mustahil sikit la..Kak Hani awal-awal dah mintak izin daripada suami untuk ke mana- mana yang perlu secara bersendirian..kalau tunggu dia free, mungkin ambik masa sikit la kan.

Bila dia beri keizinan, memang rasa tak sangka, Kak Hani boleh buat banyak perkara yang mana satu masa dulu rasa macam Kak Hani tak boleh buat..tak akan berjaya kalau Kak Hani yang lakukannya

Anak dara Kak Hani tu ambik course fotografi yang memerlukan dia ke sana sini untuk mengambil gambar, Kak Hani la yang ke hulu ke hilir membawa dia .Alhamdulillah tak ada masalah besar yang dihadapi. Banyak tempat yang Kak Hani tak pernah sampai tapi selepas kejadian tu Kak Hani memandu sendiri ke tempat itu.

Kak Hani pernah memandu berdua ditemani anak dara Kak Hani hingga ke Melaka, Negeri Sembilan dan Johor demi untuk menyiapkan assignment anak Kak Hani itu.

Selain itu, Kak Hani lebih pandai mengurus kewangan dan perbelanjaan kerana kita lebih tau mana yang lebih penting, mana yang perlu diutamakan. 

Lagi satu, Kak Hani punya "me time" yang berkala setiap minggu...masa untuk Usrah, masa untuk bersama adik beradik Kak Hani. Sebelum ni susah je nak jumpa adik beradik,kena tunggu ada kenduri kendara, majlis hari raya baru dapat jumpa

Itu la sedikit sebanyak hikmah dan sangat memberi aura positif kepada Kak Hani...

***macam karangan penulisan UPSR dah gayanya.




Restoran Hussin (Sup)- Sup dan Popia Basah

$
0
0
Assalamualaikum,

Jangan tanya pasal diet eh? 

Mari kita cerita pasal makan, itu lagi best hi hi.

Meh kita renung gambar makanan ni.terliur tak?


**kredit gambar kepada KYspeaks.com


Kak Aya ni tak banyak tau mana tempat makan yang best-best dalam KL ni...bukan kata dalam KL je, mana-mana tempat pun tak tau...maklumlah jenis memerap je kat rumah kalau tak ada apa-apa urusan..suami pun macam tu jugak, berkurung macam anak dara la gayanya kalau hari tak kerja.

Hikmahnya bila hari Jumaat ada solat Jumaat dan hari tu la pun untuk suami ni ikut geeng-geng pergi solat berlainan masjid tiap minggu.

Restoran Hussin atau pun lebih senang sebut Sup Hussin ni terletak berdepan dengan Masjid Jamiul Ehsan atau pun lebih dikenali dengan Masjid Kubah Kuning, Setapak.





Rasa sup memang sedap..Kak Aya selalunya order Sup Ayam kongsi bersama Zahra, Nadhirah dan Umar order SupDaging sorang satu, abahnya memilih Sup Kambing.

Boleh order roti atau nasi untuk dimakan bersama sup..terpulang la, nak makan sup je semata pun boleh.

Sambal belacan pun sangat power! Pedas tapi best terangkat!

Selain tu,popiah basah kat situ pun memang best..sedap sangat.

Dah banyak kali jugak la kami makan kat sana sejak tau kewujudan restoran ni. 

Orang sentiasa ramai, kalau terlambat sikit ,sup habis, balik dengan perut kosong la jawabnya

Hari Ahad tutup ye.

Ni map kalau nak ke sana.




Zahra sabar menanti sup ayam..

Ok kalau tak tau dah nak makan kat mana, boleh cuba makan kat sana ye.

MISIKU KURUS - JOGGING DI TAMAN METROPOLITAN KEPONG

$
0
0
Assalamualaikum

Haaa mesti ada yang fikir kak aya dah give up nak kuruskan badan , kan?

Belum give up lagi dan harap tak give up.

Memang tak ada penurunan kerana kalori masuk = kalori keluar...maksudnya Kak Aya ni susoh bebenor nak kontrol makan. Ishh...

So..meh la kita pakat jogging, bakar sikit lemak yang mendap dalam badan tu. 

Jogging kejap jalan kejap...pusing 2 kali pusingan taman ni..luas tau taman ni..memang kuyup la.

Ntah bila la akan pergi lagi...


MISIKU KURUS - DAH 2 MINGGU

$
0
0
Assalamualaikum

Dah 2 minggu berazam nak kurus dan cuba kurangkan makan dalam masa 2 minggu ni.

Belum cukup kurang , nampaknya.

Satu KG pun tak kurang.

Dah cuba catat setiap apa yang dibedal di dalam diary diet.

Bila tengok semula apa yang telah dimakan di dalam tempoh 2 minggu ni, kalori melebihi daripada apa yang sepatutnya di ambil.

Exercise pulak ala ala je .

Alhamdulillah kekerapan pengambilan nasi dah berkurang, selang sehari sekali je..dulu hari-hari.

Kalau la boleh cuba untuk kurang jadi seminggu sekali, mungkin lebih cepat untuk kurus.

Lebihkan lagi senaman.

Insyaallah lagi lagi cepat.

Doakan kak aya ye.



Lengan ni kalau jatuh atas muka sesiapa memang boleh kejung setahun..

CUTI-CUTI MALAYSIA : TAIPING

$
0
0
Assalamualaikum

Ni memang betul-betul cerita throwback..jangan marah aaa..

Punya la lama gila cerita ni, baru ada kelapangan untuk buat entry.

Ingatan tentang cuti-cuti ni dah tinggal yang hujung-hujung je.

Ni kisah ketika cuti sekolah bulan Mei 2014 ye, bukan 2015.

Kami anak beranak ni jarang dapat bercuti khas bersama sekeluarga..maksud kak aya, cuti selain balik kampung.

Kebiasaannya memang asal ada cuti je khas untuk balik kampung terutamanya ke Terengganu..kalau sekadar nak balik kampung di Tampin tu cukup Sabtu dan Ahad je.

Kak Aya ni walaupun usia dah 42 tahun , keghairahan untuk balik kampung jumpa mak dan adik-adik sentiasa menggebu..sama macam ketika bujang-bujang dulu..

Selain ingin selalu balik kampung sendiri tiap kali tiba waktu cuti, alasan duit pun satu perkara utama jugak yang menghalang untuk bercuti ke tempat lain selain balik kampung.

Kalau bercuti luar daripada kebiasaan ( maksudnya balik kampung) kena fikir tentang tempat penginapan dan makan minum..minyak dan tol.

Ok la cukupla mukadimah, panjang bebenor la pulak.

Terus kepada percutian di Taiping ni..

Kami menginap di Swiss Garden Damai Laut.

Dapat harga special daripada kawan suami Kak Aya.

Memang murah sangat.

Tapi hotel ni banyak lalat.

Nasib baik pool dia best, anak-anak berpuas hati.


Ketika nak memulakan perjalanan ke Taiping, pakat sengih dulu..kak aya dan zahra kat belakang.

Dalam 3 jam lebih , kalau tak silap dari Selayang ke Swiss Garden Damai Laut.


Terkejut tak tengok gambar ni? He he dia cuba nak masuk..ee bahaya betul, tak boleh nak lepak kat balkoni bilik.


Kami bertolak lepas Zohor,sekitar pukul 2..hampir pukul 5.30 kami sampai di hotel..lepas check in keluar cari makan...tapau balik makan kat bilik.

Malam lepak kat dalam bilik dan keluar ambik angin sekitar hotel..memang sejuk dan berangin duduk rehat-rehat sekitar hotel.

Tidur dan berlalu la hari pertama .......siang pun tiba.

Aktiviti untuk hari kedua.

Bangun awal pagi. Nak ke bandar Taiping.

Anak-anak kak aya ni kan, depa bukan teruja nak keluar jalan-jalan tapi lebih kepada teruja nak mandi manda kat pool.

Masa bersarapan sambil dihurung lalat dan mengadap pool , Umar asyik berzikir ajak mandi kolam dan tak perlu keluar.

Sakit hati rasanya tapi kontrol..kata bercuti kan? Tak nak la ada anasir anasir negatif macam tu..

Suami cakap kita keluar dulu untuk hari ni dan esok hari last, kita bantai mandi kolam biar sampai biru bibir. 

Ok semua setuju walaupun Umar keluar dengan hati yang berat.

Destinasi pertama, Zoo Taiping.















Tak banyak ambik gambar tapi lebih kepada rakam video..Nadhirah la yang rajin merakam.

Naik bas je tak jalan kaki pun sepanjang dalam Zoo tu...lenguhhh...tak larat nak berdukung si Zahra.

Orang cakap kalau datang waktu malam untuk Safari Night lagi best..lain kali je la..

Keluar dari Zoo tu, lepak kat Taman Tasik Taiping sat...cantik menghijau je kan...sejuk, redup...damai terasa.








Maafla gambar semua biasa-biasa,maklumlah guna handphone cap ayam je, cukup la boleh buat kenangan.

Tak lama pun kat situ sebab perut dah berbunyi...cadang nak pergi makan Kuey Teow area penjara tapi tak tau kat mana...anak-anak dah lapar, nampak warung tak jauh daripada pejabat pos terus terjah situ...best jugak makan situ,harga pun murah.

Plan seterusnya nak ke Bukit Larut , tapi sayangnya tak naik sampai ke atas kerana time tu ada kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.

Turun dan cari masjid.

Lepas tu balik hotel lepas tapau makan . Makanan perlu sentiasa ada.

Malam keluar makan tak jauh dari hotel..eh dah lupa apa nama tempatnya

Kekenyangan dan terus lena hingga pagi.

Hari last kami hanya habiskan masa di kolam .















Mandi manda hingga budak berdua ni surrender..tak tahan sejuk dah...baru naik ke bilik dan bersiap untuk check out.


Lepas check out kami terus ke Lumut...makan tengah hari kat situ..beli barangan laut kat situ...rambang mata tengok ikan bilis..itu la perempuan kan? tengok ikan bilis pun boleh rambang mata..


















Ok la lepas tu terus masuk kereta dan gerak balik...

Sempat lagi singgah satu lagi tempat - Kelly Castle..tempat ni Nadhirah yang teringin sangat nak pergi..Kak Aya tak minat sangat..Umar pulak memang takut nak masuk.

Jom layankan je permintaan kakak nak masuk dalam ni..







































































Punya la banyak gambar yang diambil dua beranak ni hinggakan leih 100 keping di sini ...apa yang menarik minat sangat, tak tau la.

Jadi ini je la episod percutian santai kami...disebabkan dah lama sangat, banyak info menarik dah hilang daripada simpanan memori.

Mungkin lain kali kena tulis siap-siap dalam buku nota sepanjang tempoh percutian.

Takpe, ada rezeki kita bercuti lagi di tempat lain.

Tunggu bajet cukup dulu .

Harap tak mual dan loya tengok banyak gambar...ni la kot entry Kak Aya yang paling banyak gambar.

REVIEW SKINCARE SET SEQY BEAUTY BY LIFESYTLE BLOGGER SABBY PRUE

$
0
0
Assalamualaikum and hello.

Acne, blemishes, pimples... Ahhh I haven't had those for so long. Well ya the occasional blemishes during 'that' time of the month happens but technically I don't really have any problems in that area anymore. But since the pregnancy hormone kicks in, my skin has been acting up like crazy. Dry patches around my lips, dry cheeks, redness around my nose, forehead and chin. I have not been using any acne prone skin products for so long so I guess this is the right time to try out new skin care range to combat these culprits. SEQY Beauty has now a full range of skin care includes cleanser, toner, serum and day & night cream. I reviewed SEQY Beauty's cleanser, Sakura Mask and BB Cream before so if you haven't read or watch my video, you guys can click HERE!


Here is the latest skin care set from SEQY Beauty. A box of this skin care set consists of these 4 products. I think it's a great set because you have everything in the set, well you need to include eye cream and sunblock (these two are important people!). It is good size for travelling  as well. I have been carrying these set whenever I go since I first used it. This box of 4 products is only RM130, now that is a good price.  Here's are the run down of the sizes :

Cleanser - 50ml
Toner - 50ml
Serum - 30ml
Day & Night Cream - 15g



The first step of skin care routine is definitely the Cleanser. The cleanser is rich with Vitamin C and plant extract which is ideal for whitening purpose. I feel it really it does it's job to brightened up my complexion. I've reviewed the cleanser way back in April, so click HERE for the full review.



SEQY Beauty Toner is formulated with Burdock and Iris extract to control sebum. This toner contains Salicylic Acid to penetrates pores, reduce acne and prevent future breakouts. This toner works by controlling sebum secretion and reduce inflammation. This toner is so refreshing! I really like how refreshed my skin feels after applying this toner. It feels like it is double-cleansing my skin because it actually removes my excess makeup residue. It does not give any tingling sensation to my skin and I really appreciate that.



This Serum also contains Salicylic Acid which can help in reducing acne. This serum is designed to control oil production, as well as act as anti-microbial and able to prevent bacterial growth. Other ingredients include Green Tea Leaf Extract which is great to reduce inflammation and soothe the skin. It is non-comedogenic, fragrance-free and colorant-free. Even though it is fragrance-free, it has this calming scent, almost like aloe-scent which I really like. The serum absorbs quickly into my skin and does not leave any greasy or sticky feeling afterwards.



The idea of having the same day and night cream is somewhat appealing to me.  SEQY Beauty Day & Night Cream is formulated with different kinds of plant extracts to reduce redness and sebum control. It has this medicated-scent which surprisingly pleasant to my nose. The cooling sensation somehow reduce the redness and calm my skin.





As an overall conclusion of how I feel about the SEQY Beauty Skin Care, I'd say that I really like it. It does it's job in reducing the redness on my face. I can see a great reduction, somehow it evens out my skin tone. Tiny small bumps is also reduced, still there but definitely has gone down. The dryness around my lips and cheeks is also gone. I can tell that my skin is soft and supple. Do you know the feeling of oily and greasy after one or two hour after washing your face? I do not  experience that at all with all of these products. Will I suggest the SEQY Beauty Skin Care to other girls who suffers from acne problems? Yes, I would because it makes a difference in my skin! You girls can check out my video for more info! 


For more information on SEQY Beauty Skin Care, check out this links! :

Whatsapp : 0173416762

BERAKHIR 26 SEPTEMBER 2015

$
0
0
Assalamualaikum,

Sembang-sembang produk Seqy Beauty 

Kak Aya nak bagitau lagi sekali, harga promo ni akan berakhir pada 26/9/15 ni...lepas ni kembali harga asal.

Ok, harga ni sangat menguntungkan pembeli sebab jimat RM20 dan harga kurang untung kepada agen macam Kak Aya...sob sob..

Tapi kita jangan fkirkan keuntungan sangat la ye...biar sama-sama untung.

Pembeli dapat harga berbaloi, dapat produk yang sangat bagus dan penjual dapat sedikit keuntungan wang ringgit dalam masa yang sama berkongsi kepuasan bila pengguna berpuas hati dengan produk tersebut.

Terus terang sepanjang hidup Kak Aya, ini la produk yang paling serasi dengan kulit kak aya.

Sekarang ni Sakura Mask tu kak aya gunakan pada tumit kaki yang pecah , nak tengok macam mana hasilnya.

Dan ada beberapa orang customer yang membeli Sakura Mask tu untuk kegunaan lain bukan untuk wajah.

Ni antara sebab pengguna membeli sakura mask daripada Kak Aya:

1. Untuk ruam lampin pada baby 

2. Untuk parut kemalangan pada kaki.

3. Untuk stretch mark sebab mengandung

4. Untuk luka-luka kecil

Sakura Mask ada 2 saiz  - 50gm dan 30gm.

Lepas-lepas ni 50gm( RM110) takkan keluar lagi..yang akan kekal di pasaran hanya yang bersaiz 30gm (RM80)

Sakura Mask ni adalah kedua terlaris selepas BB Cream ( mengikut rekod jualan Kak Aya)


Skincare set tu pulak ,majoriti membeli kerana masalah jerawat..samada jerawat manja-manja je atau pun jerawat yang berketul-ketul, sebatu dah nampak ketulan tu..ada yang whatsapp bagitau  "nanti bila kita jumpa untuk COD , kak aya jangan pandang sangat muka saya tau, sebab muka macam permukaan bulan...maluuuuu"

Dalam Skincare set tu ada 4 items - Cleanser, Toner, Serum dan Day&Night Cream . RM 130

BB cream ni rasanya tak perlu diperkenalkan dah...sepanjang hampir setahun di pasaran, berdasarkan rekod jualan kak aya dah melebihi 300 pek..itu rekod kak aya agen suam-suam kuku , kalau rekod agen yg top meletop tu kak aya yakin dan ribu ribu lemon dah terjual.

Hampir 100% pengguna yang beli berpuas hat dan mesti repeat order. Mungkin ada seorang dua kot yang tak ok tapi tak bagi feedback kepada kak aya, mana-mana yang bagi feedback semua cakap ok dan akan terus memilih BB Cream ni.

Sebab popular untuk mereka ni kekal setia:
1. Tidak berminyak, ringan je pada wajah, kekal sepanjang hari.

2. Harga sangat berbaloi. RM55 satu pek boleh bertahan hingga 3-4 bulan.


Ok itu je la nak bagitau....nak order boleh contact Kak Aya ye 0173416762.

Kalau hari kerja, boleh COD kat mana-mana je dalam KL, lepas balik kerja COD sekitar Batu Caves dan Selayang setiap hari .

Pagi Sabtu biasanya COD ke UIA Gombak dan Taman Melati.

Ok roger Kak Aya ye.0173416762





USAHA 3 MINGGU LEBUR DALAM 1 HARI JE

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha

Kak Aya baru je sampai dari Tampin...saja gerak lewat malam untuk mengelak jem.biasalah kan , ada ke orang yang suka harungi kesesakan lalulintas? Kalau ada, kak aya rasa nak berkenalan je dengan dia..hi hi tak lawak langsung!

Nak bagitau nihhh.....elok-elok turun 1KG, balik dari Tampin naik balik 1KG.

Oleh kerana tersangat geram, sambil menaip entry ni Kak Aya sulamkan dengan mengunyah nasi impit kuah kacang yang mak mertuo den bekalkan..Hambek ko..

Eh rasa macam nak simpulkan je yang Kak Aya ni memang ditakdirkan gemuk seumur hidup!

Sangat sedih.....hampa ..kecewa..benda yang biasa dilalui tapi rasa tu tetap sama..tetap menusuk ke hati sanubari.

Tengok sepupu-sepupu belah suami yang kurus slim , hati memang terasa...rasa macam mana tu tak perlu la kot nak tulis panjang lebar...faham sendiri je la.

Susahnya nak istiqomah....sukar gila nak bermujahadah.Selai demi selai baju kurung menjadi ketat..makin mengecut agaknya baju-baju tu semua.

Memang saat ni rasa blank dan blur.

Semoga esok datang dengan 1001 semangat baru!

CINTAKU LURUH DI OXFORD - NOOR SURAYA & IMAEN

$
0
0
Assalamualaikum,

Kak Aya ni dah jarang baca novel..rasanya bermula akhir 2012, Kak Aya mula rasa jemu dengan novel..bila mula mengandungkan Zahra, perasaan jemu tu meluap luap , tak boleh nak tengok novel....rasa nak muntah.

Lepas habis pantang, ada cuba jugak baca sebuah dua..itu pun baca novel daripada novelis yang Kak Aya betul-betul suka je.

Tahun 2014 macam tak baca apa-apa novel...tahun ni dah hampir penghujung dah , baru sebuah yang betul-betul Kak Aya baca dari mula hingga ke noktah terakhir.

Cantikkan cover novel ni? Tenang je rasa di hati.

Ni novel pertama Noor Suraya dan Imaen yang Kak Aya baca ...tak pernah baca sebelum ni..ntah la kenapa, tak perasan kot .

Terpandangkan je cover novel ni yang dipegang oleh seseorang yang tidak dikenali ketika di dalam LRT, menyebabkan hati ni menggebu untuk mendapatkannya.

Cuba bertanyakan pada adik Kak Aya, dia ada beli tak novel ni...dia cakap ada. ..hari tu jugak pergi rumah Ucu, ambik novel ni.

Novel cinta tapi bukan kisah cinta klise yang selalu kak aya baca..

Ok sebab apa Kak Aya suka novel ni:

1. Kisah pelajar di UK , lebih tepat di Universiti Oxford (LHM) - kak aya ni memang dah lama berangan nak jelajah UK ha ha jangan la gelakkan kak aya tau...salah satu angan-angan , tak pasti akan jadi kenyataan atau kekalkan angan-angan. Teringin nak lalui suasana 4 musim..hmmmmm dah dah la kak aya..


2. Jurusan yang diambil oleh Zuha - English & Literature menjadi salah satu jurusan yang pernah Kak Aya impikan...tapi ini memang kekal tersimpan di dalam hati je...tak ada harapan untuk dipenuhi .

3. Kisah di Bukit Dussex sangat indah...terasa seperti berada di kampung Kak Aya walaupun kampung Kak Aya tidak sama seperti yang digambarkan di dalam novel tersebut...suasana yang digambarkan tu terasa begitu dekat di hati.

4. Sifat pemalu pasangan sejoli  ( Falah & Zuha) tu seperti sama je dengan Kak Aya hik hik....perasantan.

5. Kak Aya suka nilai-nilai murni persahabatan, kekeluargaan yang ditonjol di dalam novel ni.

Secara ringkasnya novel ni mengisahkan kisah percintaan antara Falah dan Zuha, mereka ni jatuh cinta pandang pertama sebenarnya.

Mereka berdua ni suka main teka je..itu pasal la kisah cinta mereka ni lama sangat nak berakhir ...kak aya rasa sakit perut dengan mereka berdua ni.

Mereka simpan rasa suka di dalam hati. Perkenalan mereka di daerah Oxford tu sekejap je sebenarya...dalam satu penggal je, kalau tak silap Kak Aya..

Ketika masih di Oxford, mereka tak luahkan pun rasa cinta tu...Falah rapat dengan Damina, Zuha sangkakan mereka berdua tu adalah "couple".. Falah pulak sangkakan Zuha ni gadis "tak baik" dan gadis yang bakal berkahwin hanya kerana beliau terpandangkan Zuha beberapa kali "berdating" dengan Encik Wassim.

Lepas habis sepenggal perkenalanan tu, Falah dah tamat belajar, manakala Zuha pulak terpaksa tamatkan pelajaran di sana kerana masalah keluarga.

Lepas 4 tahun, Falah dan Zuha ni ditugaskan di daerah yang sama..Zuha jadi guru pelatih di Bukit Dussex, Falah jadi pengurus estet di situ.


Zuha akhirnya kahwin dengan Encik Wassim..uwaaaa frustnya ......Falah merana sampai masuk wad...


Hmm kak aya rasa kalau nak tau lebih lanjut, baik baca sendiri novel ni...

Lepas ni kak aya nak cari novel-novel lain hasil tulisan Noor Suraya .




PROMOSI HEBAT

$
0
0

Assalamualaikum

Ni nak update apa yang Kak Aya sedang jual samada di blog ni atau pun di IG @rohaya_yusof, secara ringkasan..nanti akan update satu persatu secara lebih details ye.


1. Produk Seqy Beauty.

a. BB CREAM

BB cream  ada 3 ton warna ye..setakat ni ramai sangat pilih light tone..tapi kalau macam sure tak sure je warna apa yang sesuail, ambik je yang natural ton..Kak Aya guna ketiganya, gilir-gilir..semua sesuai. 

BB Cream ni laris sebab utama adalah berasaskan air, kalau muka jenis berminyak sangat sesuai pakai BB Cream Seqy Beauty ni.



b.CLEANSER



Kak Aya suka sangat cleanser sebab menyejukkan kulit wajah, sumber daripada mentimun, segar je terasa bila lepas cuci muka. Guna cleanser ni tak boleh terlalu lama, nanti kulit muka akan jadi kering.

c.SAKURA MASK



Kak Aya dah guna 2 botol sakura mask, guna sebelum masuk tidur, cuci bila bangun pagi dan lagi sekali guna sebelum solat Zohor.

Sakura Mask ni memang laris kerana fungsinya yang pelbagai.


d.SKINCARE SET


Set Skincare diformulasikan khusus untuk kulit Asia dan juga mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat, kusam, dan berminyak. Mengandungi pelbagai extract tumbuhan (alam semulajadi), tidak mempunya merkuri atau bahan-bahan terlarang, dan juga diluluskan pihak KKM.



Kalau nak beli secara loose untuk Cleanser, Toner, Serum, Day&Night cream pun boleh, semua ready stok ye!




2. Bedung Baby Cotton Flannel

Kebanyakkan yang beli adalah daripada customer yang pernah beli sebelum-sebelum ni. harga RM14   RM 12 sehelai ( promosi sehingga akhir bulan ni)tak termasuk kos pos, biasanya kalau beli banyak helai  Kak Aya akan bagi diskaun sikit sebagai hadiah kepada baby yang bakal lahir.





Ucu yang menjahit bedung-bedung ni, sekarang ni Ucu dah mula gunakan modal sendiri, dia ada dapat pencen ilat 300++ sebulan, dia untukkan sedikit untuk bisnes kecilan ni..sekurangnya dapatlah kembangkan pendapatan itu.

Terima kasih kepada pelanggan yang setia dan juga bakal pelanggan. Kak Aya sangat menghargainya.


Semua ni ready stok, kalau nak order  boleh call/SMS/Whatsapp/Telegram 017-3416762.




Masa untukku

$
0
0
Assalamualaikum,

Dah pukul 2 pagi sekarang ni. 

Baru selesai mengemas rumah, mop lantai, lipat baju.

Biasalah tu semua , tak ada yang pelik pun.

Yela kalau tak tulis semua tu, tak ada idea langsung nak tulis pulak.

Sebenarnya aktiviti macam ni dah terlalu biasa untuk kak aya.

Tunggu semua orang tidur, kita pun mula la gerak gempur.

Dah siap semua, lega .

Dan time dah siap semua, baru la ada masa untuk diri sendiri.

Masa ni la boleh nak buat apa je untuk diri sendiri.

Nak tengok blog, FB, IG, bisnes, apa je untuk diri sendiri...time ni la.

Dulu kalau tak dapat tidur berjam-jam , mesti rasa macam tak puas semacam je.

Sekarang ni sesekali tidur sejam dua, dah tak rasa apa ...bukan la tiap2 mlm.

Seminggu ada sekali...paling kerap pun 2 kali..itu pun memang hujung minggu la.

Bisnes slow sikit kalau time macam ni, dah nak ke pertengahan bulan.

Nanti mula 25hb kembali sibuk dengan customer. 

Alhamdulillah.

Kak Aya sedang fikir-fikirkan untuk tambah lagi barangan untuk bisnes online kak aya ni.

Maksudnya , tak nak lah bergantung kepada produk Seqy Beauty je.

Cuma masalah utama adalah modal dan masa.

Nadhirah dah pun selesai periksa UPSR dan PSRA..lega banyak la perasaan ni.

Umar pulak ada exam akhir tahun..belum betul betul lega lagi sebenarnya.

Ada janji nak bawak family bercuti sehari dua , tapi belum tau ke mana.

Baki cuti betul-betul dah nyawa- nyawa ikan.

Ok la , dah awal pagi dah ni....

nak reply email customer dulu, lepas tu boleh la tidur.

Selamat tidur.



SUSU IBU ADALAH TERBAIK

$
0
0
Assalamualaikum,

Kak Aya tak pernah share tentang penyusuan anak-anak Kak Aya..dah ada 3 anak baru hari ni nak share...teruk nauu ye..

Masa mengandungkan Nadhirah , memang dah set awal-awal nak susukan bakal baby tu sehingga usianya 2 tahun. ..biasalah anak pertama , sentiasa inginkan yang terbaik segalanya..Alhamdulillah berjaya menyusukan Nadhirah hingga usianya melebihi 2 tahun..stop menyusu bila mula mengandungkan Umar..memang sedih time nak ceraikan susu tu tapi kenangkan diri dah mula mengandung dan usia Nadhirah pun dah selayaknya untuk dia diceraikan daripada menyusu badan.

Ketika usia Nadhirah 6 bulan, Kak Aya mula ajar dia minum susu formula ketika ditinggalkan di rumah pengasuh.  Bila usianya 1 tahun, dia mula enggan minum susu formula, jenuh la kita ni pujuk dia....tukar susu jenama lain pun dia tak nak minum jugak.. Ketika itu kak aya tak begitu pandai nak pam..susu tak begitu keluar, jadi Nadhirah hanya menyusu bila kak aya dah balik kerja.

Memang kena banyak bersabar bila kita menyusu badan..satu sebabnya adalah masa yang kita untukkan kepada anak menyusu sepuasnya agak lama...kalau dia minum susu ketika siangnya, masa untuk menyusu selepas balik dari kerja tak la lama..situasi Nadhirah ni dia tak nak susu formula, jadi waktu malam memang berjam jam dia menyusu.

Badan kita jadi sangat letih, tipula kalau tak rasa stress.... tapi kepuasan melihat dia puas menyusu tu tak tergambar dengan kata-kata.

Nadhirah jarang sakit hingga sekarang ni , usia 12 tahun..Alhamdulillah.

Ketika menyusu badan, memang kak aya menjaga pemakanan , sentiasa fikirkan untuk bagi susu pekat dan banyak. Kak Aya sentiasa minum susu dan banyak makan sayur terutamanya taugeh, kobis dan bayam.

Sepanjang usia Nadhirah 12 tahun ni, hanya sekali je dia masuk wad kerana demam panas. Demam-demam biasa tu adat la kan untuk anak-anak yang sedang membesar.

Itu kisah Nadhirah, lain pula dengan kisah Umar...ketika mula mengandungkan Umar, kak aya ni cakap pada diri sendiri, nak bagi susu formula la untuk anak ke 2 ni sebab rasa terlalu banyak masa dihabiskan untuk menyusu setiap hari.( berdasarkan pengalaman menyusukan Nadhirah dulu)

Niat yang sungguh tidak murni...sebenarnya sokongan orang terdekat amat perlu dan penting bila kita memilih untuk menyusukan anak kita secara sepenuh masa..macam situasi kak aya ni, suami sentiasa sibuk di pejabat, balik dah pukul 8,9 malam, sedangkan waktu antara Maghrib dan Isyak tu adalah sangat sibuk bagi setiap ibu..nak sediakan makan malam, nak bersiap untuk bersolat Maghrib,kalau tanpa bantuan dari orang terdekat, kita akan cepat terasa stress nak handle semua tu sendirian...kerana sebab tu la kak aya berniat nak susukan Anak kedua dengan susu formula.. Niat yang kak aya kesalkan sampai bila-bila.

Bila Umar lahir memang dia tak nak menyusu badan..jenuh kita pujuk dia..sempatlah dia menyusu sepenuhnya dalam masa seminggu je..lepas tu dah mula campur..belum pun usianya 3 bulan susu badan betul-betul kering. Mulai hari tu, memang bagi susu formula je...kesal jangan ditanya, sangat-sangat kesal. Ilmu tentang penyusuan pun tak banyak ketika itu.

Umar memang kerap selsema, batuk dan keluar masuk wad kerana bronchitis, hingga sekarang pun masih belum pulih daripada bronchitis. 

7 tahun usia Umar, baru la hadir Zahra..yang ni memang berniat awal-awal nak susukan Zahra sepenuhnya.



Zahra punya cerita lebih kurang sama dengan cerita Nadhirah. Bezanya, masa mengandung lagi dah beli Pam (kirim pada seorang blogger yang sedang belajar di UK ketika itu), belikan siap-siap ice pack, cooler bag .

Ketika berpantangkan Zahra, Kak Aya dah mula mengepam susu untuk dibuat stok. Kak Aya ambik supplement Shaklee untuk Set Penyusuan. Kiranya untuk anak ke 3, persediaan dan usaha sangat tip top la. Hasilnya sampai sekarang Zahra masih menyusu badan.

Setakat ni, Alhamdulillah Zahra sihat membesar seperti kanak-kanak yang lain ..kalau dulu memang debab badannya , kini agak susut kerana dah mula melasak.



Itu je la sedikit perkongsian tentang penyusuan anak-anak kak aya ni.

Ringkasnya susu ibu baik untuk perkembangan anak kita, menguatkan sstem pertahanan badan si anak..untuk ibu pulak membantu membakar lebih banyak kalori dan mengurangkan risiko barah payudara.

Perkara yang sangat penting adalah ilmu tentang penyusuan perlu ada.

Cerita sahabat maya kak aya ni pulak macam mana?






Kandil Di Kaki Gunung-Roza Roslan

$
0
0
Assalamualaikum,

Sekarang pukul 3.04 pagi tau....dah tidur sebenarnya tapi terjaga sebab susukan Zahra, lepas tu terkebil-kebil..bangun on pc , check & reply email customer dan packing untuk pos pagi nanti. Pukul 8 pagi nanti Kak Aya ada di UIA Gombak tau...untuk COD barang...

Nak cerita, Kak Aya dan anak-anak jumpa hobi baru..hobi meminjam buku di Perpustakaan Awam MPS...teruk tak bila tinggal di Selayang ni dah berbelas tahun, baru tau ada Perpustakaan Awam...rugi sangat rasanya sebab baru tau..tapi takpe, biar lambat tau daripada sampai sudah tak tau-tau ):

Perpustakaan ni tak jauh daripada Masjid Firdaus, berdekatan dengan pejabat Majlis Daerah Gombak, Majlis Peperiksaan Malaysia, Kolej Komuniti Selayang..nanti la kak aya buat entry khas tentang perpustakaan ni.

Rabu lepas kali ke 2 , Kak Aya dan anak-anak ke sana..mula-mula pulangkan buku yang dipinjam 2 minggu lepas, kali ni pinjam lagi 20 buah buku....banyak kan? Bila balik rumah semua mengadap buku... Alhamdulillah tak ada la nak mengadap TV je.

Kali ni nak share salah satu buku yang Kak Aya pinjam - Kandil Di kaki gunung hasil tulisan Puan Roza Roslan.

Kak Aya memang sukakan tulisan beliau dan tulisan suaminya, Prof Dr Muhamad Kamil .


Buku ni sangat best! Cerita-cerita biasa tapi sangat menyentuh hati membuka mata hati. Kisah Roza sedari kecil hingga Roza mengikuti suami ke UK untuk kali ke 2.

Serius, buku ni sangat memberi inspirasi.

Saya sangat terkesan dengan kebiasaan Roza yang melazimi berdoa dalam apa jua situasi dan keinginan.

Satu perkara yang saya tau tapi kurang sedar tentang kelebihan berdoa.

Mulai saat ini , saya memang tanamkan dalam hati nak lazimi berdoa.

Banyak yang tersirat di sebalik perkongsian Roza ini.

Tentang bagaimana keinginan lumrah seorang wanita terhadap pakaian berjenama, hiasan rumah dan macam-macam keinginan biasa seorang wanita.

Sangat menampar hati saya bila membaca satu episod ke episod seterusnya.

Mesej peribadi yang saya terima hasil pembacaan - Sentiasalah bersyukur dengan nikmat Allah ,setiap yang berlaku adalah aturan terbaik dariNYA,apa bekalan untuk ke akhirat dan Doa memang senjata orang mukmin.

Pendek kata, lepas baca buku ni terus muhasabah diri.

Terima kasih sangat untuk Roza!


Saya dah pun order online buku ni, sekarang ada less 50%, tengok di PTS online ye! Rugi tak beli.

p/s: harap dapat bersua dengan penulis yang saya sentiasa ikuti perkembangannya sejak beliau sekeluarga tinggal di Madinah dan kini telah pulang di Malaysia.

FREE ONE TOUCH CANISTER TUPPERWARE

$
0
0
PERCUMA!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum


Meh sini semua, Kak Aya nak bagi tau..sesiapa yang membeli produk di bawah ini secara kombo akan menerima PERCUMA 1 Tupperware di atas :

1.Skincare Set Seqy Beauty RM130
2.BB Cream Seqy Beauty  RM55
3. Sakura Mask RM80

Bermaknanya siapa membeli ketiga barang di atas akan menerima percuma SATU (1) One touch Canister Tupperware.

Terhad untuk 2 SET sahaja ye.

Ok, sesiapa berminat boleh whatasapp Kak Aya ye...2 SET je tau...dah habis 2 SET ni , tak ada lagi Percuma Tupperware tu ye!

Ok whatsapp sekarang 0173416762.


FREE AIDIJUMA WHITE LABEL

$
0
0
Assalamualaikum readers kesayangan Kak Aya!

Nak bagitau..yang hadiah one touch canister tu dah tak ada ye!cepat he customer sambar!

Kita ganti dengan hadiah lain....lagi special!!!

Setiap pembelian kombo ( tak kisah nak gandingkan dengan produk yang mana) , , layak terima SEHELAI TUDUNG AIDJUMA WHITE LABEL SECARA PERCUMA.


Biasanya mmg sambutan lebih daripada hangat kalau free aidijuma, cepat contact kak aya kalu berminat, kak aya update di IG jugak..

Contact eh 0173416762

Babaii

UNTUK CUSTOMER KAK AYA :HANPHONE ROSAK!

$
0
0
Assalamualaikum,

Kak Aya nak bagitau , handphone Kak Aya rosak dah 2 hari...dalam masa kurang sebulan , Kak Aya dah tukar 2 handphone ,yang pertama memang dah lama pakai , dah sampai tahap kena bagi dia rehat untuk selamanya.

Handphone ke 2, baru je sgt pakai...tak ada rezeki...memang ada 2x terjatuh dari tpt tinggi..

Untuk membeli handphone baru dalam masa terdekat ni mungkin bukan pilihannya...biasa time awal bulan mcm ni memang time untuk rezeki bisnes...tapi kena redha dengan ketentuan Illahi, Insyaallah Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik.

Kalau-kalau ada customer yang whatsapp tapi tak dapat apa-apa jawapan daripada Kak Aya, memang Kak Aya mintak maaf banyak-banyak.( andainya terbaca entry ini).

Kak Aya masih boleh dihubungi melalui email.

1. Rohaya.Yusuf@zurich.com.my

2. rohayayusof73@gmail.com

Itu je yang kak aya nak bagitau....

Misi Kurus belum berakhir

$
0
0

Assalamualaikum

Sekarang ni kak aya berpuasa ganti selang sehari.

Jadi dalam masa yang sama dapatlah 'ajar' sikit nafsu makan tuu..padan muka dia . biasa dia niii ..

Berat kekal 75kg...brp tahun boleh jadi 45? ( jangan menyampah)

Hari Itu kak aya pakai jubah masa ke sekolah nadhirah sempena Hari Graduasi, masa tgh kelek Zahra, Abah Zahra datang bisik

" berapa bln dah tuuuu" - mulut dijuihkan ke perut Kak Aya.

Kurang asam kan?

Takpe takpe takpe...

P/S : Update guna hp cap ayam..sorry kalau spacing mcm tak ok.

Misi kurus - baju jadi hiasan

$
0
0

Assalamualaikum

Kak Aya perasan sejak extra obes ni, banyak pakaian yang hanya layak digantung semata dan hanya 2 helai blouse yang selesa dipakai..

Percaya tak, kak aya gilir pakai blouse yang 2 helai tu sampai kusam...yg 2 Itu je rasa selesa

Bila terlebih lebih lemak, bahagian lengan jadi menggeleber Dan part tu la yg Buat kak aya rasa tak selesa dgn blouse Dan baju kurung yang ada...jadi tersepiitt gitu bahagian ketiak.

Bila buat baju tu besar - besar rasa macam tak selesa jugak.

Pendek kata macam serba tak kena, tak selesa..

Memang meyesal jugaklah take jaga makan sedari awal.

Sekarang ni bila lemak dah degil macam ni, merasalah peritnya..

Rasa rendah diri mmg ssh nak kikis walaupun sedaya upaya kita mencuba menanganinya secara positive.

Ehhh byk pulak kak aya meluahkan dipetang yang Sejuk ni...takkan sebab merajuk dengan gurauan Abah zahra kot hi hi

Oklaaa nk berangan buka makan apa mlm ni..

P/S  : Lunch hour td kak aya masuk tidur dlm filing room...mimpi lunch kat hotel..hidangan buffet...punya la lama memilih sb semua nampak sedap, tk dpt makan apa pun hingga tersedar dari tidur..hmm tetiba mass celik Itu rasa ralat..

Viewing all 440 articles
Browse latest View live